Friday, December 31, 2010

MEMBUNUH JIN

Bagaimanakah caranya jin masuk ke dalam tubuh manusia? Bolehkah dipercayai adanya 2 roh dalam satu tubuh? Sebahaian golongan Mu’tazilah mengingkari masuknya jin ke dalam tubuh manusia. Tetapi golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengakui masuknya jin ke dalam tubuh manusia berdasarkan firman Allah SWT:
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan sepertinya berdiri orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.”
(Al-Baqarah: 275)

Dengan itu masuknya jin ataupun syaitan ke dalam tubuh manusia adalah logik, sebab manusia itu sendiri sering juga masuk angin, sedangkan jin itu seperti angin malahan lebih halus lagi.
Iman Asy-Syibli mengatakan, “Masuknya jin itu kadang-kadang secara keseluruhan, kadang kala pula hanya separuh atau satu pertiga.

1.MENGUSIR JIN DENGAN CARA PUKULAN
Imam Ahmad meriwayatkan satu hadis yang berasal dari Abu Dawud: “Seorang lelaki datang menhadap Rasulullah SAW sambil membawa anaknya yang terkena penyakit gila untuk diubati. Rasulullah SAW kemudian memegang pakaian anak itu dan memukul belakangnya dengan keras sambil berkata:
“Keluarla wahai musuh Allah”
Kemudian anak itu didudukkan di hadapan Rasulullah SAW dan baginda mengusap wajahnya dengan air sambil berdoa untuk anak tersebut.
Hadis ini menunjukkan bahawa cara mengusir jin itu kadang kala memerlukan pukulan sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah SAW.

2.MEMBUNUH JIN
Bagaimanakah hukumnya membunuh jin, dan dapatkah ia dilakukan sedangkan jin tidak kelihatan?
Berhubungan dengan soalan ini, Abu Syaih menjawabnya dalam satu riwayat yang bersumberkan Ibnu Abi Malaikah:
“Bahawa ada jin yang selalu menampakkan dirinya kepada Siti Aisyah r.a. Jin itu menyerupai seekor ular. Aku (Ibnu Malaikah) diperintahkan untuk membunuh ular tersebut. Pada malam harinya aku tertidur dan terdengarlah olehku suara yang mengatakan, “Engkau telah membunuh hamba Allah yang muslim.” Maka pada pagi harinya, aku diperintahkan untuk membahagikan 12,000 dirham kepada fakir miskin.”

Dengan itu jelaslah bahawa membunuh jin termasuk dianggap salah dan dikenakan hukuman (denda) yang harus dibayar kepada fakir miskin.
Soalnya ialah, bagaimanakah kita mengetahui bahawa kita membunuh jin sedangkan bahawa jin itu tidak nampak, ataupun kalau jin itu nampak dalam rupa seekor ular, bagaimanakah kita mengetahui bahawa ia adalah ular?

Sehubungan dengan ini, ada satu riwayat yang berasal dari At-Tirmizi dan An-Nasa’i bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya di Madinah terdapat kelompok jin yang telah masuk Islam. Maka bila kamu melihat sesuatu dari haiwan, berilah ia peringatan tiga kali, kalau masih nampak juga,maka bunuhlah.”
Hadis ini memberi peringatan, kalau haiwan tersebut masih juga kelihatan selepas diberi amaran sebanyak tiga kali, bererti ia bukan jin dan boleh dibunuh.

Syeikh Ibnu Taimiyah berkata, “Membunuh jin tanpa sebab adalah haram sebagaimana haramnya membunuh manusia, sebab yang demikian itu adalah zalim.”
Oleh kerana jin boleh menyamar dengan berbagai rupa bentuk, maka bila rumah kita dimasuki ular atau binatang lain, maka berilah peringatan sebanyak tiga kali, untuk memastikan sama ada ia jin atau haiwan. Apabila ia haiwan, maka tidak berdosa kita membunuhnya.

Thursday, October 14, 2010

Cara-cara Mendatangkan Jin

1. BERSUMPAH ATAS NAMA JIN @ SYAITAN

Tukang sihir masuk ke bilik gelap kemudian menyalakan api dan meletakkan kemenyan di atas api tersebut.
Jika ingin menceraikan suami isteri, menimbulkan permusuhan dan kebencian, maka harus diletakkan kemenyan yang berbau busuk. Jika ingin menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang, atau membuang sihir kiriman orang, maka harus diletakkan kemenyan yang berbau harum dan wangi. Selepas itu dibacakan jampi2 khusus yang mengandungi kemusyrikan, iaitu jampi2 yang mengandungi sumpah kepada jin dengan menyebut nama ketua kabilah di kalangan jin
Tukang sihir yang melakukan hal ini mestilah dalam keadaan junub atau memakai pakaian bernajis. Selepas pembacaan jampi, akan muncullah bayangan berbentuk anjing, ular atau bentuk haiwan2 lain. Kemudian tukang sihir memerintahkannya untuk melakukan apa yang diingininya.



2. MEMOTONG SEMBELIHAN

Tukang sihir mendatang seekor burung, ayam, burung dara atau haiwan lain dengan sifat2 tertentu(biasanya berwarna hitam kerana jin mengutamakan warna hitam). Kemudian haiwan itu disembelih tanpa menyebut nama Allah dan bangkainya dilemparkan ke jurang, perigi atau tempat2 kosong yang menjadi tempat tinggal jin. Ketika melemparkannya diiringi dengan jampi2 kemusyrikan.
Melalui cara ini jin akan datang dan bersedia mengabulkan permintaan tukang sihir.



3. MELAKUKAN KENISTAAN

Cara ini cukup terkenal di kalangan tukang sihir. Tukang sihir akan melakukan apa sahaja perbuatan yang hina, keji dan penuh kenistaan demi memenuhi keinginan jin. Sebagai upahnya, jin akan melaksanakan segala keinginan jin.
Antara kenistaan yang dilakukan oleh tukang sihir sesuai dengan permintaan jin adalah menjadikan Al-Quran sebagai kasutnya ketika masuk ke tandas.(Ya Allah...pe ke jenisnyelah manusia mcm nie...) Di dalam tandas itulah tukang sihir akan membaca jampi2 pemujaan kepada jin sehingga permintaannya dimakbulkan oleh jin.
Tukang sihir yang menggunakan cara ini disyaratkan harus melakukan dosa2 besar.



4.MENULIS AYAT2 AL-QURAN DENGAN NAJIS

Tukang sihir yang dilaknat menulis salah satu surah Al-Quran dengan menggunakan darah haid atau benda2 najis yang lain. Lalu mengucapkan jampi2 kemusyrikan hingga jin datang melaksanakan perintahnya.
Perbuatan seperti ini merupakan satu bentuk kebiadapan yang telah dihalalkan oleh jin2 kafir. Tukang sihir yang melakukan penghinaan terhadap kesucian wahyu Allah SWT ini akan menjadi sahabat syaitan di dalam neraka jahanam.



5. MENULIS AYAT2 AL-QURAN DENGAN TERBALIK.

Tukang sihir menulis ayat2 Al-Quran dengan menceraikannya antara satu kalimah dengan kalimah yang lain dan menyusunnya semula dalam keadaan terbalik, hingga ertinya jauh menyeleweng dari makna sebenar. Huruf2 yang telah diputar belit itu akan dijampi, hingga jin datang mematuhi arahannya.



6. MENYEMBAH BINTANG

Cara ini juga popular di kalangan tukang sihir. Tukang sihir akan menanti kemunculan bintang2 tertentu untuk dibacakan jampi2 sihir kerana sihir baru dapat berkesan apabila muncul bintang2 tertentu.
kadangkala ada bintang yang xmuncul kecuali sekali dalam setahun. Maka tukang sihir akan menunggunya sebab dengan demikian sihirnya akan berkesan. Ia juga merupakan perbuatan menuhankan bintang sebagaimana kaum Nabi Ibrahim a.s.



7. MELIHAT TELAPAK TANGAN

Tukang sihir menghadirkan anak kecil yang belum baligh, kemudian mengambil telapak tangan kiri anak tersebut, lalu menggambarkan segi empat di atas telapak tangannya. Di sekitar segi empat itu ditulis jampi2 sihir yang mengandungi kemusyrikan. Jampi2 itu ditulis di sekitar segi empat dari empat penjuru di telapak tangan anak itu di tengah2 garisan tersebut. Kemudian diletakkan minyak dan bunga berwarna biru sehingga tulisan jampi tersebut menjadi gelap. Dalam keadaan sedemikian anak kecil tersebut tidak dapat melihat telapak tangannya melainkan dalam keadaan gelap. Kemudian tukang sihir tersebut akan membaca jampi2 tertentu. Tidak lama kemudian anak kecil tersebut akan melihat gambar di telapak tangannya bergerak-gerak mengikut perintah.
Biasanya cara ini digunakan untuk mencari sesuatu yang hilang ataupun untuk mengesan pencuri.



8. MENGGUNAKAN BENDA2 BEKAS

Tukang sihir akan menggunakan benda2 bekas seperti baju, seluar, sapu tangan, dan sebagainya yang mengandungi bau peluh. Lalu membungkus semua benda2 tersebut dan meletakkannya di suatu tempat. Ia membacakan surah2 Al-Quran yang pendek2. Ayat2 tersebut dibaca dengan suara keras dan lantang. Selepas itu dibacanya pula jampi2 dengan suara pelan sehingga tidak didengari oleh orang lain.

Wednesday, October 6, 2010

Planet digelar Bumi Baru ditemui........



Planet Gliese 581g


LOS ANGELES – Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru
dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor
beberapa buah akhbar semalam. Planet itu terletak di satu kawasan yang
dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau
sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada
jarak 20 tahun cahaya dari Bumi. Planet itu mengelilingi satu bintang
yang yang dianggap seperti matahari. Bintang itu diberi nama Gliese
581. Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk
satu putaran penuh. Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun
berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai ‘Bumi Baru’ itu mempunyai satu bahagian
yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam
kerana ia tidak banyak berputar.
Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet
tersebut. Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari
Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya
terdapat peluang kehidupan di planet tersebut. Graviti di planet itu
sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa
menghadapi sebarang kesukaran. Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi
matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.
Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya
memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu. Penemuan itu dibuat
selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di
Hawaii. – Agensi



kredit : kosmo.com.my

Thursday, September 23, 2010

Pembahagian Jin dan Manusia

Imam Zamaksyari di dalam bukunya "Rabiul Abrar" menjelaskan: "Allah SWT menjadikan makhuk yang bernyawa menjadi empat kelompok,iaitu :

a. Malaikat
b. Syaitan
c. Jin
d. Manusia

Keempat-empat kelompok itu dibahagi menjadi 10 bahagian. 9 bahagian ialah malaikat manakala yang 1 bahagian adalah syaitan, jin dan manusia.

1 bahagian ini dibahagi lagi menjadi 10 bahagian. 9 bahagian adalah syaitan dan 1 bahagian adalah jin dan manusia.

Jin dan manusia dibahagi lagi menjadi 10 bahagian. 9 bahagian ialah jin dan 1 bahagian adalah manusia

Oleh itu, keramaian manusia berbanding dengan keramaian jin hanya 1/10 sahaja.

Tanda-tanda Gangguan Jin Kepada Manusia

Penyakit gangguan ataupun kerasukan jin pada manusia mempunyai tanda-tanda khusus. Tetapi kadangkala sukar dibezakan antara penyakit gangguan jin dengan penyakit-penyakit lain.

Tanda-tanda gangguan jin dapat diketahui dalam 2 keadaan, iaitu ketika tidur dan dalam keadaan jaga.

a) Tanda-tanda di waktu tidur :
1. Sukar tidur malam
2. Gelisah dan sering terbangun pada waktu malam
3. Mimpi buruk, iaitu mimpi melihat sesuatu yang membahayakan, dan ingin menjerit meminta pertolongan tetapi lidahnya seakan-akan beku.
4. Mimpi melihat berbagai-bagai haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus.
5. Bunyi gigitan geraham beradu ketika sedang tidur
6. Tertawa, menangis atau menjerit ketika sedang tidur
7. Merintih dan meratap ketika sedang tidur
8. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur tanpa sedar
9. Mimpi seola-olah terjatuh dari tempat tinggi
10. Mimpi berada di kubur, tempat pembuangan sampah atau di jalan yang mengerikan
11. Mimpi melihat orang yang aneh seperti terlalu tinggi, teralu pendek atau terlalu hitam
12. Mimpi melihat hantu


b) Tanda-tanda di waktu jaga
1. Selalu pening yang bukan disebabkan oleh faktor-faktor anggota badan
2. Selali lalai daripada zikir dan mengingati Allah
3. Fikiran kacau dan tidak menentu
4. Badan lemah dan tidak bertenaga
5. saraf terganggu
6. Rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh dan tidak dapat disembuhkan oleh doktor

Cara Jin Masuk Ke Tubuh Manusia

Jin walaupun wujud secara fizikal seperti manusia, namun ia tidak boleh dilihat. Sedanggkan manusia memiliki lubang pori-pori, sehingga jin boleh masuk dari bahagian mana-mana sahaja dalam badan manusia.

Ketika jin masuk ke dalam jasad manusia, ia langsung menuju ke otak dan melalui otak ia akan mempengaruhi bahagian mana sahaja dari anggota tubuh manusia untuk melakukan perkara-perkara yang diingininya.

Haiwan-haiwan yang Melihat Jin

Sebuah hadis menceritakan mengenai 2 jenis haiwan yang dapat melihat jin, dan 1 jenis haiwan yang dapat melihat malaikat :

" Apabila kamu mendengar lolongan anjing dan ringkikan keldai di malam hari, maka mohonlah perlindungan kepada Allah, sebab mereka melihat sesuatu (jin) yang tidak kamu lihat, dan jika kamu mendengar kokok ayam jantan, maka mintalah kepada Allah rahmat-Nya, sebab ayam jantan itu melihat sedang melihat malaikat.


(HR: Bukhari dan Muslim)

Thursday, August 26, 2010

Biskut Dam












Bahan-bahan :
- 700 gram mentega
- 2 biji telur ayam
- 1 kilo tepung gandum
- 7 biji kuning telur
- 500 gram gula aising
Dam Coklat
- 100 gram mentega
- 900 gram tepung gandum
- 100 gram serbuk koko
- 7 biji kuning telur
- 500 gram gula aising
- 2 biji telur ayam

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega, gula dan telur sampai kembang
2. Masukkan bahan kering, uli hingga menjadi doh yang lembut (sama dengan adunan coklat)
3. Canai kedua-dua, leperkan dan lapiskan lalu dipotong 3cm dan letak berselang-seli seperti dam
4. Potong dan bakar

Biskut Mazola












Bahan-bahan :
- 1 pain minyak mazola
- 150 gram gula perang
- 250 gram tepung gandum
- 300 gram kacang tanah-goreng dan tumbuk
- 2 biji telur ayam
- 1 1/2 camca teh esen vanila
- kuning telur untuk sapuan

Cara Membuat :
1. Tepung gandum diayak 3x
2. Gaulkan kacang, gula perang dan tepung hingga sebati
3. Masukkan telur, 1 demi 1 bersama esen vanila
4. Masukkan minyak mazola dan uli perlahan-lahan hingga sebati
5. Ambik adunan sebesar ibu jari, kepal dengan kemas dan sapu kuning telur
6. Bakar dengan api yang perlahan hingga kuning keemasan

Biskut Coklat Rice












Bahan-bahan
- 200 gram mentega
- 100 gram gula halus
- 150 gram tepung gandum
- 50 gram tepung jagung
- 50 gram serbuk koko
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 biji telur ayam
- coklat rice secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang, masukkan teur dan vanila, kacau rata
2. Masukkan tepun yah telah diayak dengan koko, adun hingga sebati dan lembut
3. Canai dan telap dengan acuan yg anda suka, taburkan coklat rice dan bakar hingga kuning keemasan

Wednesday, August 25, 2010

Biskut Putri Salju












Bahan-bahannya :
- 375 gram mentega
- 450 gram tepung gandum
- 200 gram gula halus
- 175 gram gula halus
- 200 gram gajus serbuk
- 1/2 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Kacau gula dengan mentega hingga sebati
2. Masukkan tepung dan serbuk gajus, kacau hingga boleh dibentuk
3. Bungkus dengan kain dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam
4. Bentukkan seperti bulan sabit dan bakar
3. Campurkan gula dengan esen vanila dan gaulkan biskut tadi

Biskut Rupawan

Bahan-bahan
- 125 gram mentega
- 125 gram tepung gandum
- 50 gram tepung jagung
- 1 biji kuning telur
- 75 gram gula halus
- 1/4 camca teh baking powder

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang
2. Masukkan telur dan gaul sebati
3. Masukkan tepung dan baking powder
4. Bila adunan sebati, bentukkan adunan mengikut corak yang digemari
5. Bakar hingga kuning keemasan

Monday, August 23, 2010

Biskut Jambu













Bahan-bahan
- 10 sudu besar margerine
- 24 sudu besar tepung gandum
- 2 biji kuning telur
- 8 sudu besar gula
- sedikit baking powder
- sedikit warna merah
- bunga cengkih (tangkai)
- vanila

Intinya :
1. sebarang jenis jam
2. Jem nenas buatan sendiri
3. Kacang tanah - tumbuh dan gaul dgn gula

Cara Membuatnya :
1. Pukul margerine dgn gula shingga kembang
2. Masukkn tepung, baking powder dan vanila, kacau hingga mnjdi doh yg lembut
3. Bentuk adunan seperti buah jambu, masukkan intinya, bubuh tangkai dan sapukan
kuning telur yg tlh dcmpurkn dgn sedikit warna merah
4.Bakar hingga kuning keemasan

Biskut Aiskrim



Biskut untuk anda cuba....Maaf...gambar ciplak dari internet....hehehe





Bahan-bahan
- 1 cawan gula aising
- 2 biji kuning telur
- 3 1/2 cawan tepung gandum
- 1 camca teh esen vanila
- 2 sudu besar susu cair
- 60 gram coklat yang tidak manis
- 3/4 cawan mentega
- 1 biji putih telur
- 2/3 cawan walnut cincang
- 1 camca teh baking powder
- 1 camca teh garam

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila
2. masukkan baking powder, tepung dan garam
3. Bahagikan 2 bahagian, 1 bhgian dcmpurkan dgn coklat yg tlh dicairkan dengan
susu, 1 lg dcmpurkan dgn walnut
4. Bungkus adunan dnegan kertas minyak dan sejukkan selama 45 mnt.
5. Canaikan adunn setebal 0.3 cm, bersaiz 20cm darab 30cm, bungkus dan sejukkan
sementara mencanai adunan kuning.
6. Letakkn adunan coklat ke atas adunn kuning, bahagian yg pndek bertemu dan
biarkan adunan kuning lebeh 0.7 cm
7. Potong adunan mnjd 6 bhgian spaya senang digulung
8. Gulung adunan brmula dari bahagian cerah yg lbh pnjang
9. Bungkus dan sejukkn spaya senang dipotong 0.5 cm tebal
10. Bakar hingga keemasan dan biarkn sminit sblm dkluarkn dr oven
11. Bila sejuk hidangkan

Saturday, August 21, 2010

Biskut Siput





Hahaha.....sblm nie aku asyik tls psl hantu jew.....la nie bulan puase....so, aku masukkn skt resipi kuih raya buat santapan sesiapa yang mmbca n yg nak try 2, gOOd Luck!!!!!




Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )
  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam ( ikut rasa )
  • Sedikit serbuk perasa ( optional )
  • 3 sudu besar cili boh / serbuk cili
  • Daun bawang / daun sup ( dihiris )
  • Santan secukupnya untuk mnguli

Cara-cara
  1. Gaul semua bahan kecuali santan sehingga sebati
  2. Uli dengan santan sehingga menjadi doh
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput
  4. Bila semua dah digentel, boleh goreng sehingga garing

Thursday, July 29, 2010

PoNTiaNak !!!

Pontianak atau Kuntilanak/kunti (seperti yang dikenali oleh masyarakat Indonesia) ialah sejenis hantu penghisap darah yang paling mashsyur di kalangan masyarakat Melayu. Pontianak dikatakan berasal dari wanita yang mati sewaktu melahirkan anak. Ia dikatakan wujud untuk membalas dendam dan menghuru-harakan keadaan kampung di mana dia mati.

Di Malaysia, ada yang mengatakan bahawa pontianak adalah sejenis makhluk yang benar-benar wujud. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa cerita tentang pontianak ini hanyalah sebuah lagenda @ mitos semata-mata. Masyarakat Jawa pula menganggap bahawa pontianak ini berasal daripada seorang perempuan yang masih mempunyai perawan yang telah dianiaya lalu dibunuh dengan kejam.

Mereka juga percaya bahawa si mati tadi akan menjelma sebagai pontianak untuk membalas dendam. Bagi mengelakkan pontianak ini dari menyerang, seseoang itu perlulah menarik rambut pontianak sehingga ia putus! Terdapat juga cerita yang mengatakan bahawa pontianak ini adalah anak kepada langsuir yang mati ketika dalam proses kelahiran. Ini bermakna, si ibu yang mati bertukar menjadi langsuir dan anak yang dilahirkan (juga mati) menjadi pontianak.

Selalunya pontianak berkeliaran di kawasan2 perkuburan secara bersendirian dan ada juga yang mengatakan ianya akan muncul dengan mendukung bayi. Ia sangat benci dan cemburu apabila melihat perempuan yang mengandung @ perempuan yang ingin melahirkan anak & juga bayi2 yang baru lahir.

Pontianak muncul ibarat seorang perempuan yang cantik dan akan bertukar kepada wajahnya yang hodoh lagi mengerikan dengan gigi yang tajam apabila mangsa berjaya diperdaya. Apabila dia muncul dalam bentuk wanita yang cantik, ia akan disertakan dengan bau yang amat wangi. Bau tersebut menyerupai bau sebuah pokok yang dinamakan pokok frangipani iaitu pokok bunga kemboja. Ada pula yang mengatakan pontianak boleh mengeluarkan bau yang sangat busuk seperti bau daging busuk apabila ia menyerupai dirinya yang asal.

Lelaki yang gemar menganiaya kaum wanita @ lelaki yang curang dipercayai lebih mudah untuk diserang pontianak. Pontianak juga gemar memakan bayi yang baru lahir serta mengganggu wanita yang sedang mengandung. Kuku yang panjang itu dibenamkan ke dalam perut ibu yang mengandung dan bayi di dalam perutnya akan dikeluarkan. Perbuatan tersebut akan membunuh si ibu dan bayi berkenaan dan perkara inilah yang diingini oleh pontianak.

Pontianak dikatakan bermata galak, rambut panjang mengurai hingga ke pinggang, pakaian labuh berwarna putih kekuningan, muka menggerutu, kening tebal, terdapat cebisan daging yang terjuntai dipipi, warna bibir merah gelap, bertaring bengkok melepasi bibir bawah, kuku yang panjang dan tajam, serta kaki yang yang tidak jejak ke tanah. Selain daripada mengilai, pontianak juga dikatakan mengeluarkan bunyi seperti ular tedung selar.

Menurut kepercayaan, pontianak suka mendekati pokok kelapa gading. Manakala pokok jambu, pokok bunga tahi ayam, pokok bunga kemboja, pokok durian, pokok bunga raya, pokok pinang berbatang merah, dan pokok ru amat ditakuti. Ada pula yang mengatakan jika seseorang itu pandai menyeru pontianak, ia akan hadir dalam bertelanjang bulat.

Orang yang dirasuk pula dikatakan suka menyimpan kuku panjang, mencakar orang lain, ketawa mengilai tengah malam, simpan dan belai rambut panjang, suka melihat cermin dan melihat luar jendela sambil merenung ke arah langit pada malam hari, keluar pada waktu tengah malam, dan hanya pulang ke rumah pada waktu subuh. Kelakuan yang paling unik sekali dikatakan suka merenung mata orang lain.

Friday, July 23, 2010

SaKa

Saka adalah ' hantu belaan ' yang diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke generasi seterusnya. Terdapat saka yang diwarisi secara mendapat persetujuan terahulu daripada individu dalam keluarga itu sendiri dan ada juga saka yang memilih sendiri keturunannya atau ahli keluarga yang disukainya walaupun tanpa persetujuan (tidak diketahui).

Sebagai contoh, seorang datuk ada membela hantu raya, sebelum dia mati, dia harus mewariskan sakanya iaitu ' hantu belaan' kepada anaknya. Jika anaknya enggan menerima saka tersebut, maka pemiliknya harus mencari waris dari generasi ke-3 (cucunya) secara rahsia.

Saka yang dibela haruslah dihidang dengan makanan yang khas pada masa-masa tertentu. Selalunya, makanan seperti telur, ayam panggang dan pulut kuning akan diletakkan di dalam ancak. Saka mempunyai berbagai nama gelaran bergantung kepada pemiliknya. Antara nama-nama yang digunakan ialah pendamping, datuk, sahabat, akuan, dan lain-lain lagi.

Terdapat pelbagai jenis hantu yang boleh dikategorikan sebagai saka. Antaranya adalah bajang, toyol, polong, pelesit, hantu raya, saka haiwan ( harimau jadian), pontianak, penanggal, langsuir, dan lain-lain lagi. Selalunya saka akan mencari anak kepada 'tuannya'.

Saka yang tidak dijaga dengan baik selalunya akan menimbulkan huru-hara kepada tuannya. Ia selalu berlaku kepada seseorang yang tidak mengetahui bahawa dirinya ada 'dibekalkan' dengan pendamping oleh generasi sebelumnya.

Seringkali jika terdapat gangguan di rumah pemilik saka yang baru itu, dia akan menyangkakan bahawa dia dan keluarganya diganggu oleh makhluk halus yang tidak tahu dari mana asal usulnya. Jika waris tersebut merupakan seorang yang kuat semangat dan kurang mempercayai perkara yang tahyul, saka ini akan bertukar tuan kepada ahli keluarga yang termuda dan masih lemah contohnya seperti kanak-kanak (belum baligh) atau yang baru meningkat usia remaja.

Seseorang yang mempunyai saka selalunya mempunyai sifat panas baran dan kadangkala boleh menjadi agresif walaupun ianya berpunca dari satu perkara yang kecil. Ada juga yang bersikap pendiam, namun apabila dia berbicara, kata-katanya pasti menggerunkan orang yang ditegur kesilapannya itu. Agak susah untuk memahami watak sebenar pewaris saka. Jika mereka pandai mengawal saka tersebut, tidak menjadi masalah kepada orang-orang yang berada di sekeliling pewaris, namun jika tidak dapat mengawalnya, saka itu akan mengawal emosi dan tingkah laku tuannya itu.

Lebih lama saka itu berdamping dengan tuannya, maka lebih susahlah seseorang itu membuang saka dari dirinya. Dipercayai, jika saka tersebut sudah sebati dengan pemiliknya, ia tidak dapat lagi dibuang melainkan dengan cara menurunkan saka kepada waris.

Untuk membuang saka, seseorang perlulah memujuk dan berbincang dengan saka itu terlebih dahulu melalui mimpi ataupun melalui perantaraan dukun atau bomoh. Kononnya bomoh yang arif tentang perkara ini akan memandikan individu tersebut dengan air kolah masjid atau sunga. Beberapa biji limau akan dibalut dengan kain kuning yang diikat seperti mayat dan ditempatkan di dalam ancak untuk dihanyutkan ke laut @ sungai yang mengalir.

P/S = Ingatlah....jika ada penyakit, tentu ada ubatnya...percaya kepada Allah, tuhan yang maha
esa...

Friday, May 21, 2010

Sang Kelembai Part 2

Ari 2 aku de cakap...eh, silap...tulis......yg Sang Kelembai nie ade 2 versi....firstly version Pahang n scndly version Langkawi......

SANG KELEMBAI VERSI LANGKAWI

Kali nie cerita Sang Kelembai versi rakyat Langkawi mmg berbeza.....Mengikut cerita diorg la, Sang Kelembai sbnrnya seorg wanita yg cantik jelita....Kelembai versi Langkawi nie dkatakn hidup tnpa kasih syg n lonely....kalo la die xdpt bnda yg die nk, die akan marah n mnyumpah2 bnda or mnusia n bnda or manusia 2 akan brtukar mnjadi batu....mcm biase la, pnduduk Langkawi takut bebeno n sntiasa nk ngelak dari brjumpa ngan die...

One day, de le kes Mat Raya n Mat Cincang nie gaduh kat majlis kawin....Time gaduh 2, sgala periuk belanga, kuali, n segala bnda la tercampak smpai beratus2 kilometer.....Sang Kelembai nie rasa trganggu n marah, last2 die p sumpahnye si Mat Raya n Mat Cincang 2 mnjadi gunung....Sang Kelembai pun terus tinggal kat Gua Cerita.....Sampai sekarang, de lg batu2 yg mnyerupai manusia sekeluarga iaitu sepasang suami ister beserta 3 anaknya....Kat Gua Cerita 2, ade perkakas rumah macam katil, meja n periuk belanga. Tapi sekarang de di antara batu2 telah diambil n dirosakkan oleh manusia.....(dengki bebeno le).....Orang2 Langkawi percaya bahawa masih trdapat bekas tapak kaki Sang Kelembai di Pulau Tuba, Langkawi.....

Kehilangan Sang Kelembai dipercyai disebabkan oleh kehadirn burung Garuda, seekor burung seperti helang gergasi... diceritakan, garuda hendak mnjadikan Gua Cerita tmpt untuk mmbina istananya....kononnye la, garuda nie dikatakan makhluk yg hebat n brkuasa mistik...Akhirnya, garuda berhsil mnghalau Sang Kelembai dari gua tersebut sehingga la nie xdjumpai lg....ntah mne la die p mrajuk....

Mcm2 cerita tntg Sang Kelembai nie mngikut bangsa masing2....sampaikn ada yg mngatakan 'Bogfoot' 2 Sang kelembai.....so, ffikir2 la sndiri.....

Wednesday, May 19, 2010

Sang Kelembai.....

Hai.....lame xnulis kat cni....maklumlah...layan mukabuku je(fb)...dari kecik aku minat bebeno ngan cite misteri2 nie...xtau la ngape...ari tu aku de tnye la mak aku pasal pe ke jadahnye Sang Kelembai nie n semalam aku de search kt internet tentang makhluk tuhan nie yang konon2nye hidup satu mase dlu...aku caye bdk2 zaman sekarang nie xknl sape Sang Kelembai nie...meh aku suai knlkn korg ngan die. Ne tau de jodoh dpt jumpe nnti...keh3...moh le bace yea... :p

Sang Kelembai nie jugak dknali sbg Sang Gedembai. Orang Melayu zaman dolu2 percaya bebeno ngan makhluk seko nie... Dikatakan, Sang Kelembai nie boleh menjelma dengan mcm2 rupa. Paling menarik, Sang Kelembai nie boleh mnyumpah apa sahaja yang die nak sumpah jadi batu @ bnda lain.

Kalo korang refer kat Kamus Dewan n Encyclopedia Malaysiana, Sang Kelembai juga dianggap sebagai antoo(hantu). Biasanya, orang Melayu menggelarkan Sang Kelembai sbg Hantu Hutan @ Hantu Galah. Gelaran Hantu Galah digunakan kerana sifat fizikalnya yang seakan-akan manusia ttp besar tinggi 2x ganda saiz manusia. Dlm cerita2 sastera rakyat, Sang Kelembai nie dikatakan berwajah hodoh dan berambut panjang. Buat masa nie yang aku tahu la trdpt 2 versi iaitu versi Pahang ngan Langkawi...Aku nak story dlu pasal Sang Kelembai Versi Pahang...

SANG KELEMBAI VERSI PAHANG

Sang Kelembai di Phg dkatakn blh mnukark manusia kpd batu jika dia mnegur sesiapa sahaja(uih...payah betui). Pada mulanya die idokle sedo akan kebolehannye. Pada suatu hari, Sang Gedembai @ Kelembai trserempak le ngan seekor gajah ngan anaknye ngah santai2 nun kat hutan sana. Die g le tnye kat gajah 2,"Nak g mane 2?"(nak ngorat le 2...)tapi malangnye gajah 2 ngan anak die brtukar jadi batu dgn serta merta. Baru nak merapatkn silaturrahim...Sang Kelembai pn mnruskn prjalannnye smai ke sbuah kmpung n trjumpe le ngan seorang lelaki yng ngah memasak. Sekali lagi die mnegur. Ting...laki 2 jadik batu...time 2 ramai gak yg nengok. Die pun mintak mahap le. X pasal2 smua org jd batu...Kesian...

Suatu air, Sang Kelembai ternampak seorang lelaki sdg memasak bubur dgn mnggunakan periuk besar untk satu mjlis kahwin. Dah le lelaki 2 rabun...idok le die cam Sang Kelembai nie.Die pun ajak le datang makan. Disebbkn takut org ramai jadi batu, die pun melarikan diri mcm lipas kudung. Dah laju bebeno, die pun tersadung batu lalu jatuh menyembam bumi. Die pun sumpah seranah le tnpa dsedari. Serta merta juga, kesemua yg hadir kt knduri 2 jadi batu. Sang Kelembai menjadi marah akan dirinya lalu mengangkat periuk yg berisi bubur dan mncmpkkn ke dlm sg. Pahang. Periuk 2 mnjdi pulau kecil di tngah sg. Pahang n hingga kini dkenali sbg Batu Kari. Bubur dari dalam periuk itu pula tumpah ke tebing sungai kampung. Sehingga sekarang, kampung itu dknal sbg Kampung Bur, singkatan pada 'Bubur'.

Semenjak kejadian malang itu, Sang Kelembai tidak lagi bergaul ngan manusia n sntiasa mnjauhkn mnghindari manusia. Orang ramai yg tinggi di kampung Pahang sedar tentang sumpahan Sang Kelembai n terus dselubungi ketakutan. Akhirnya mereka bersepakat untk mnghalau terus Sang Kelembai dari Pahang. Orang kampung telah mltkkn seorang prmpuan tua yg xbergigi ke dalam kereta sorong...(ha3...muat plak).Mereka turut meletkkn bbrapa eko kura2 ke dlm kereta itu.

Apabila Sang Kelembai terlihat kereta sorong bayi itu, Sang kelembai berasa terkejut n ktakutan. Mane xnye...die ingatkn bayi,tp beso bebeno...dh dewasa nnti lg beso. Tmbhn lg, kura2 yg de dlm kereta sorong 2 mnyerupai kutu2 gergasi...(perh, habis daragku kalo dgigitnye).

Sang Kelembai akhirnya lari lintng pukang dari kmpg manusia kerana mnyangka manusia n haiwan telah brubh saiz mnjd gergasi n pstinya manusia akan mmbunuhnya sebb kwn n keluarga mereka telah mnjd batu. Semenjak itu, Sang Kelembai tidak lagi dilihat di Pahang....


Begitu le ceritanya Sang Kelembai versi Pahang...Versi Langkawi akan mnyusul kemudian...