Thursday, July 29, 2010

PoNTiaNak !!!

Pontianak atau Kuntilanak/kunti (seperti yang dikenali oleh masyarakat Indonesia) ialah sejenis hantu penghisap darah yang paling mashsyur di kalangan masyarakat Melayu. Pontianak dikatakan berasal dari wanita yang mati sewaktu melahirkan anak. Ia dikatakan wujud untuk membalas dendam dan menghuru-harakan keadaan kampung di mana dia mati.

Di Malaysia, ada yang mengatakan bahawa pontianak adalah sejenis makhluk yang benar-benar wujud. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa cerita tentang pontianak ini hanyalah sebuah lagenda @ mitos semata-mata. Masyarakat Jawa pula menganggap bahawa pontianak ini berasal daripada seorang perempuan yang masih mempunyai perawan yang telah dianiaya lalu dibunuh dengan kejam.

Mereka juga percaya bahawa si mati tadi akan menjelma sebagai pontianak untuk membalas dendam. Bagi mengelakkan pontianak ini dari menyerang, seseoang itu perlulah menarik rambut pontianak sehingga ia putus! Terdapat juga cerita yang mengatakan bahawa pontianak ini adalah anak kepada langsuir yang mati ketika dalam proses kelahiran. Ini bermakna, si ibu yang mati bertukar menjadi langsuir dan anak yang dilahirkan (juga mati) menjadi pontianak.

Selalunya pontianak berkeliaran di kawasan2 perkuburan secara bersendirian dan ada juga yang mengatakan ianya akan muncul dengan mendukung bayi. Ia sangat benci dan cemburu apabila melihat perempuan yang mengandung @ perempuan yang ingin melahirkan anak & juga bayi2 yang baru lahir.

Pontianak muncul ibarat seorang perempuan yang cantik dan akan bertukar kepada wajahnya yang hodoh lagi mengerikan dengan gigi yang tajam apabila mangsa berjaya diperdaya. Apabila dia muncul dalam bentuk wanita yang cantik, ia akan disertakan dengan bau yang amat wangi. Bau tersebut menyerupai bau sebuah pokok yang dinamakan pokok frangipani iaitu pokok bunga kemboja. Ada pula yang mengatakan pontianak boleh mengeluarkan bau yang sangat busuk seperti bau daging busuk apabila ia menyerupai dirinya yang asal.

Lelaki yang gemar menganiaya kaum wanita @ lelaki yang curang dipercayai lebih mudah untuk diserang pontianak. Pontianak juga gemar memakan bayi yang baru lahir serta mengganggu wanita yang sedang mengandung. Kuku yang panjang itu dibenamkan ke dalam perut ibu yang mengandung dan bayi di dalam perutnya akan dikeluarkan. Perbuatan tersebut akan membunuh si ibu dan bayi berkenaan dan perkara inilah yang diingini oleh pontianak.

Pontianak dikatakan bermata galak, rambut panjang mengurai hingga ke pinggang, pakaian labuh berwarna putih kekuningan, muka menggerutu, kening tebal, terdapat cebisan daging yang terjuntai dipipi, warna bibir merah gelap, bertaring bengkok melepasi bibir bawah, kuku yang panjang dan tajam, serta kaki yang yang tidak jejak ke tanah. Selain daripada mengilai, pontianak juga dikatakan mengeluarkan bunyi seperti ular tedung selar.

Menurut kepercayaan, pontianak suka mendekati pokok kelapa gading. Manakala pokok jambu, pokok bunga tahi ayam, pokok bunga kemboja, pokok durian, pokok bunga raya, pokok pinang berbatang merah, dan pokok ru amat ditakuti. Ada pula yang mengatakan jika seseorang itu pandai menyeru pontianak, ia akan hadir dalam bertelanjang bulat.

Orang yang dirasuk pula dikatakan suka menyimpan kuku panjang, mencakar orang lain, ketawa mengilai tengah malam, simpan dan belai rambut panjang, suka melihat cermin dan melihat luar jendela sambil merenung ke arah langit pada malam hari, keluar pada waktu tengah malam, dan hanya pulang ke rumah pada waktu subuh. Kelakuan yang paling unik sekali dikatakan suka merenung mata orang lain.

No comments:

Post a Comment