Saturday, June 23, 2012

Diet Untuk Mencegah Benjolan Pada Payudara

1.  Hindari makanan berlemak dan bergoreng.
2.  Hindari makanan ringan yang masam.
3.  Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4.  Berhati-hati semasa mengambil ubat selesema ataupun aspirin
5.  Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil.

Teh dan Kanser



          Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.

          Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke. 

10 Penyebab Utama Kanser


1.  MAKANAN
2.  TAMBAKAU
3.  ALKOHOL
4.  RADIASI
5.  SINARAN CAHAYA MATAHARI
6.  PEKERJAAN
7.  PENGAMBILAN UBAT
8.  PENCEMARAN AIR DAN UDARA

Tanda-Tanda Awal Kanser

1.  KANSER PANGKAL RAHIM - sebarang lelehan @ pndarahan yg luar biasa, sakit selepas
     bersenggama dan turun berat badan.

2.  KANSER PAYUDARA - bengkak @ gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting,
     pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3.  KANSER USUS BESAR - perubahan tabiat makanan membuang air, hilang berat badan, sakit dalam
     perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4.  KANSER PARU-PARU - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada
     dan hilang berat badan.

5.  KANSER PERUT - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat
     kenyang walaupun makan sedikit.

6.  KANSER LIMPA - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata
     menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7.  KANSER OVARI - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa
     bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8.  KANSER OTAK - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah @ lumpuh, pening /
     pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9.  KANSER PROSTAT - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

10. KANSER DARAH (LEUKIMIA) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi.

11. KANSER TEKAK - suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar
      membengkak di tekak.

Saturday, February 18, 2012

Besarnya Pahala Ibu Mengandung

INFO KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada 1 uratnya, Allah  bagi 1 pahala haji

4. Sekiranya wanita meninggal dunia pada masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala 1 tahun pahala solat & puasa

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & apabila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka~~!!

1. AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberi segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, & sebagainya, dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya..

2. SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari ISLAM, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

FIRMAN ALLAH SWT :-
" HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU...."

Tuesday, December 20, 2011

Bakar Wang Tunai AS$1.63 Juta

BOGOTA - Bakar wang lebih AS$1.63 juta (RM5.60 juta)!!!  Itulah yang dilakukan oleh ketua kartel dadah Colombia, mendiang Pablo Escobar untuk memastikan anak perempuannya tidak kesejukan. Pendedahan itu dibuat oleh seorang anak lelaki Escobar, Sebastian Marroqumn yang menyatakan bahawa apabila bapanya melihat anak gadisnya, Manuela menggeletar kesejukansemasa mereka bermalam di sebuah kawasan pergunungan setelah melarikan diri daripada pihak berkuasa, Escobar sanggup membakar banyak wang kertas Amerika Syarikat (AS) bagi memanaskan badan. Api yang turut digunakan oleh mereka untuk memasak makanan.
          Sebastian yang berhijrah ke Argentina selepas kematian bapanya, membuat pendedahan berani itu dalam wawancara dengan sebuah majalah Colombia, Don Juan. Menurutnya lagi, Escobar turut membeli sebuah firma teksi untuk mengesan ketibaan orang asing di bandar kelahiran mereka, Meddelin dan dia akan memindahkan anggota keluaganya ke 15 buah tempat persembunyian setiam 48jam.
          Escobar yang merupakan ketua kartel dadah di Medellin, ditembak mati pada Disember 1993 ketika dia cuba melarikan diri daripada pihak polis. Ketika era kegemilangannya pada tahun 1989, Escobar disenaraikan sebagai manusia ke-7 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan mencecah AS$29.9 billion (RM102.5 billion)