Wednesday, October 6, 2010

Planet digelar Bumi Baru ditemui........



Planet Gliese 581g


LOS ANGELES – Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru
dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor
beberapa buah akhbar semalam. Planet itu terletak di satu kawasan yang
dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau
sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada
jarak 20 tahun cahaya dari Bumi. Planet itu mengelilingi satu bintang
yang yang dianggap seperti matahari. Bintang itu diberi nama Gliese
581. Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk
satu putaran penuh. Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun
berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai ‘Bumi Baru’ itu mempunyai satu bahagian
yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam
kerana ia tidak banyak berputar.
Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet
tersebut. Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari
Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya
terdapat peluang kehidupan di planet tersebut. Graviti di planet itu
sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa
menghadapi sebarang kesukaran. Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi
matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.
Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya
memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu. Penemuan itu dibuat
selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di
Hawaii. – Agensi



kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment