Thursday, September 23, 2010

Tanda-tanda Gangguan Jin Kepada Manusia

Penyakit gangguan ataupun kerasukan jin pada manusia mempunyai tanda-tanda khusus. Tetapi kadangkala sukar dibezakan antara penyakit gangguan jin dengan penyakit-penyakit lain.

Tanda-tanda gangguan jin dapat diketahui dalam 2 keadaan, iaitu ketika tidur dan dalam keadaan jaga.

a) Tanda-tanda di waktu tidur :
1. Sukar tidur malam
2. Gelisah dan sering terbangun pada waktu malam
3. Mimpi buruk, iaitu mimpi melihat sesuatu yang membahayakan, dan ingin menjerit meminta pertolongan tetapi lidahnya seakan-akan beku.
4. Mimpi melihat berbagai-bagai haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus.
5. Bunyi gigitan geraham beradu ketika sedang tidur
6. Tertawa, menangis atau menjerit ketika sedang tidur
7. Merintih dan meratap ketika sedang tidur
8. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur tanpa sedar
9. Mimpi seola-olah terjatuh dari tempat tinggi
10. Mimpi berada di kubur, tempat pembuangan sampah atau di jalan yang mengerikan
11. Mimpi melihat orang yang aneh seperti terlalu tinggi, teralu pendek atau terlalu hitam
12. Mimpi melihat hantu


b) Tanda-tanda di waktu jaga
1. Selalu pening yang bukan disebabkan oleh faktor-faktor anggota badan
2. Selali lalai daripada zikir dan mengingati Allah
3. Fikiran kacau dan tidak menentu
4. Badan lemah dan tidak bertenaga
5. saraf terganggu
6. Rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh dan tidak dapat disembuhkan oleh doktor

No comments:

Post a Comment