Saturday, February 18, 2012

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka~~!!

1. AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberi segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, & sebagainya, dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya..

2. SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari ISLAM, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

FIRMAN ALLAH SWT :-
" HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU...."

No comments:

Post a Comment