Tuesday, December 20, 2011

Bakar Wang Tunai AS$1.63 Juta

BOGOTA - Bakar wang lebih AS$1.63 juta (RM5.60 juta)!!!  Itulah yang dilakukan oleh ketua kartel dadah Colombia, mendiang Pablo Escobar untuk memastikan anak perempuannya tidak kesejukan. Pendedahan itu dibuat oleh seorang anak lelaki Escobar, Sebastian Marroqumn yang menyatakan bahawa apabila bapanya melihat anak gadisnya, Manuela menggeletar kesejukansemasa mereka bermalam di sebuah kawasan pergunungan setelah melarikan diri daripada pihak berkuasa, Escobar sanggup membakar banyak wang kertas Amerika Syarikat (AS) bagi memanaskan badan. Api yang turut digunakan oleh mereka untuk memasak makanan.
          Sebastian yang berhijrah ke Argentina selepas kematian bapanya, membuat pendedahan berani itu dalam wawancara dengan sebuah majalah Colombia, Don Juan. Menurutnya lagi, Escobar turut membeli sebuah firma teksi untuk mengesan ketibaan orang asing di bandar kelahiran mereka, Meddelin dan dia akan memindahkan anggota keluaganya ke 15 buah tempat persembunyian setiam 48jam.
          Escobar yang merupakan ketua kartel dadah di Medellin, ditembak mati pada Disember 1993 ketika dia cuba melarikan diri daripada pihak polis. Ketika era kegemilangannya pada tahun 1989, Escobar disenaraikan sebagai manusia ke-7 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan mencecah AS$29.9 billion (RM102.5 billion)

No comments:

Post a Comment