Tuesday, August 16, 2011

Istilah Sains yg Digunakan Dlm Produk yg Mngndungi Unsur Babi

     Berdasarkan ujian yang dilakukan, kami dapati boleh dikatakan banyak ubat dalam pasaran di negara ini diperbuat daripada campuran unsur babi. Bahagian babi ini pula bukan hanya membabitkan penggunaan gelatin, sebaliknya semua bahagian, daripada kulit, bulu, kelenjar pituitari, pankreas, usus, otak, plasma hinggalah hempedu.  

                                                                                                    >> Prof Syed Azhar Syed Sulaiman
                                                                                                   Dekan Pengajian Sains Farmasi USM

     Mungkin ramai orang Islam tidak tahu bahawa label bertulis " This product contain substance from porcine" sebenarnya bermaksud " Produk ini mengandungi bahan daripada babi". Selain itu, antara label yang kerap digunakann adalah " The source of gelatin capsule is porcine" yang bermaksud " Kapsul dari gelatin babi". Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi :

1. PORK :  Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan
2. SWINE :  Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi
3. PIG :  Istilah umum untuk seekor babi @ sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg
4. HOG :  Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg
5. PORCINE :  Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan @ berasal daripada babi. Porcine sering
                       digunakan di dalam bidang perubatan untuk nyatakan sumber yang berasal daripada babi.
6. BOAR :  Babi liar
7. LARD :  Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun
8. BACON :  Daging haiwan yang disalai, termasuk babi
9. HAM :  Daging pada bahagian paha babi
10. SOW :  Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)
11. SOW MILK :  Susu babi


Bahagian babi yang sering digunakan dalam penghasilan produk

PANKREAS - bagi menghasilkan insulin
LEMAK - digunakan dalam proses pembuatan susu. alat kosmetik. perisa serta pewarna tambahan, tablet
                  serta minyak
DARAH - digunakan bagi menghasilkan serum @ vaksin serta tablet
TULANG - bagi menghasilkan gelatin, cairan @ emulsifier dalam ubat, minuman dan makanan. Juga
                    digunakan dalam penghasilan kalsium fosforus dalam produk ubat gigi serta susu
KULIT - penghasilan kolagen dalam pengkakasan kosmetik serta ubat bagi rawatan kecantikan
ORGAN DALAMAN - bagi penghasilan media fermentasi seperti etanol. laktat, aseton @ butirat

No comments:

Post a Comment