Saturday, July 16, 2011

Hantu KopeK

     Merujuk kepada kepercayaan org Melayu, hantu kopek adalah sejenis makhluk halus yang suka mengganggu manusia. Kopek bermaksud payudara. Kononnya hantu kopek merupakan seorang perempuan tua yang gemar menyorokkan kanak-kanak kecil yang bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib dengan cara menyembunyikn di sebalik kopek (buah dada) hantu tersebut....(hahah...blue btl hantu nie)...

                                       Gamba kne jage...censored wo.....hahahaha


     Ada versi lain yang mengatakan hantu ini gemarkan darah dan kanak-kanak dikaitkan dengan seorang ahli sihir perempuan tua yang bernama Rangda (mengikut mitos orang Bali) , dimana ia boleh dilihat menari-nari dengan keadaan payudaranya yang lanjut berjuntaian dan terhayun-hayun di dalam tarian yang dipersembahkan oleh pertunjukan-pertunjukan kebudayaan di Bali.

     Mangsa yang disorok oleh hantu kopek biasanya boleh melihat orang-orang yang sedang mencarinya tetapi tidak mampu untuk berkomunikasi dengan mereka.

     Suatu ketika dahulu, masyarakat Melayu gemar berpesan kepada anak-anak mereka supaya tidak bermain di luar rumah ketika cuaca berjerebu dan waktu maghrib kerana kononnya hantu ini suka menyerang lelaki muda dan anak kecil pada waktu tersebut dan apabila ditangkap, peluang untuk diselamatkan amat tipis.

     Ada versi mengatakan hantu kopek ini mempunyai paras rupa seperti seorang perempuan tua yang sangat hodoh, sangat tinggi, bertelanjang, menunjukkan badannya yang berbelang hitam-putih dan gemar menyembunyikan diri di sebalik pokok-pokok di tepi jalan pada waktu malam.

     Rambutnya panjang mencecah kaki, mempunyai kuku-kuku yang panjang dan tajam dan di tangan kanannya memegang sehelai kain putih (kain kematian) yang juga dikenali sebagai kain kafan.

     Pakaiannya pula hanya menutupi kawasan dari pinggang ke lutut. Payudaranya dikatakan bergayut hingga mencecah pusat dan kelihatan seperti labu air yang sangat besar. Ia suka duduk bercangkung di sebalik pokok sementara menanti mangsanya datang melalui kawasan tersebut.

     Apabila seseorang melalui kawasan tersebut, hantu kopek akan menggoncangkan pokok, menghayunkan payudaranya untuk menolak mangsa tersebut sehingga terjatuh ke tanah.

     Apabila mangsa bangun, hantu kopek ini akan mengulangi perbuatannya sehingga mangsa melarikan diri. Ada juga yang mendakwa bahawa payudara hantu ini terletak di belakang badannya.

     Kononnya jika terdapat kanak-kanak yang dikatakan hilang pada waktu senja, telah menjadi adat bagi sesetengah pihak untuk mencari kank-kanak tersebut dengan cara membunyikan gong, loyang @ dulang tembaga.

     Perbuatan ini dikatakan akan menyebabkan hantu tersebut menari-nari sambil melompat-lompat da ini akan menyebabkan budak yang tersembunyi di sebalik payudaranya terjatuh ke tanah dan akan ditemui di tempat-tempat gelap, belakang pintu, di dalam semak @ di bawah pondok.

No comments:

Post a Comment