Tuesday, June 21, 2011

AMALAN MEMINUM AIR KENCING


Tidak mudah bagi sesiapa pown meneguk air kencing…CECAIR KOTORAN DARI KUMBAHAN BADAN MEREKA SENDIRI~~~!!!  Tapi percayakah anda bahawa sejarah telah banyak mnyaksikan masyarakat dunia meminum urin buangan mereka???

                Bagi yang meminumnya,rasa jijk dan kotor bukan lagi persoalan utama. Semuanya kerana mereka percaya bahawa air kencing mempunyai kebaikannya yang harus dimanfaatkan. Lantaran itu, di India, terapi minum air kencing @ dsebut sbgai ‘ Sivambu Kalpa’ bukan  lagi perkara baru bagi sebahagian penduduk di sana dan amalan ini telah diamalkan sejak 5,000 tahun dahulu.

                Seperti di India, masyarakat Eropah juga sudag sinonim dengan amalan ini sejak 4,000 tahun lalu. Sekitar 1,700 tahun kemudian,terapi menggelikan ini tersebar luas ke China. 700 tahun kemudian ,terapi urin tersebar ke Jepun pula.

                Peliknya, pengamal terapi urin bukan hanya nekad meminumnya, tetapi ada sebahagiannya menggunakan  air najis itu sebagai rawatan luaran, misalnya, penduduk di China Selatan, gemar mencuci wajah bayi yang baru lahir dengan air kencing kerana ia diyakini dapat membantu melindungi kulit bayi dari sebarang alahan @ jangkitan penyakit.

                Di Perancis pula, sarung kaki akan direndam dalam tadahan air kencing, lalu diletakkan pada leher pesakit bagi melegakan radang tekak. Manakala, di Rom, air buangan itu digunakan sebahai bahan kumur untuk memutihkan gigi dan peluntur baju…(huahahaha…xsanggup eden eh nk kumur2)

                Jika dikira secara purata, pada hari ini terdapat seramai 5 juta peminum air urin di Jerman. Diikuti penduduk China seramai 3 juta dan di Jepun lebih kurang 2 juta orang. Beberapa lagi pengamalnya bertebaran  di Amerika Syarikat dan Eropah.

                Sementara itu, di Indonesia pula, walaupon amalan ini masih dianggap baru, tetapi ia sudah heboh diperkatakan dan ada yang memperaktikkannya.

                Sebaliknya, di Malaysia, amalan meminum air kencing bukanlah sesuatu yang lazim. Jika ditanya tentang hal ini pasti tidak ramai yang mengetahuinya, apatah lagi mengamalkannya sebagai satu rawatan alternative. Walaupun begitu, jangan terkejut kerana rupa2nya sudah ada sebahagian kecil masyarakat kita dalam diam2 berjinak-jinak dengan amalan ini.

Persoalannya, adakah terapi urin ini benar2 dapat menyembuhkan segala penyakit @pun ia cuma sekadar kebetulan? Seorang peneliti terapi urin dan pengarah Fujisaki Institute di Hayashibara Biochemical Laboratories, Dr. S.Arai mengakui malah telah mmbuktikan bahawa air kencing memang benar dapat menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser dan hepatitis.

                Berdasarkan penelitian yang pernah dibuat sebelum ini, didapati bahawa urin bukan hanya sekadar bahan kumbahan semata-mata, tetapi turut mengandungi bahan khasiat yang tersembunyi seperti mineral, vitamin, enzim, hormon, ammonia, antibody, antigen, allergen, garam dan nutrien lain.

                Kesahihannya dalam bidang klinikal masih diragui oleh pengamal perubatan moden sampai ke hari ini. Apa yang dapat dipastikan, urin adalah cecair kotor yang disingkirkan dari buah pinggang melalui proses penapisan dari darah @ cecair badan menjadi air kencing seterusnya dikeluarkan melalui uretra @ saluran kencing.

·        *   Urea adalah toksid yang tidak dikehendaki oleh tubuh. Adalah tidak mendatangkan sebarang   kebaikan jika meminumnya semula kerana bahan kotor itu adalah najis buangan badan.   

No comments:

Post a Comment