Saturday, January 8, 2011

AYAT-AYAT AL-QURAN YANG MELAWAN JIN

a) Ayat Kursi
“Dalam surah Al-Baqarah ayat 255”

b) Bismillah
“Bismillahir Rahmaanir Rahim…”

c) Ta’awuz
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
(Al-A’raf:200)

Dalam hadis-hadis disebutkan, memohon perlindungan Allah SWT dari pengaruh dan godaan jin atau syaitan adalah dengan membaca “A’uzu billahi minas syaithaanir rajim.”

d) Surah Al-Falaq dan An-Nas
Imam At-Tarmizi meriwayatkan hadis dari Al-Jarir dari Abu Nadharah yang diterimanya dari Abu Said Al-Khudri, katanya :

“Rasulullah selalu memohon perlindungan kepada Allah dari godaan dan pengaruh jin dengan membaca Surah Al-Falaq dan An-Nas.”

e) Surah Al-Baqarah
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasululla SAW bersabda :

“Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah, maka syaitan pasti tidak berani mendekati.”

f) Akhir Surah Al-Baqarah
Membaca akhir Surah Al-Baqarah adalah meringankan kaum Muslimin yang tidak mampu membaca Surah Al-Baqarah secara keseluruhan. Maka baginya cukup dengan membaca sebahagian dari surah teersebut, iaitu dua ayat yang paling akhir sesuai dengan hadis berikut:




Daripada Ibnu Mas’ud Al-Ansari yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barang siapa membaca dua ayat dari akhir Surah Al-Baqarah pada suatu malam, maka dua ayat itu sudah mencukupi.”

g) Ayat “Hamim” Al-Mukmin
At-Tarmizi meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abi Bakar yang diterimanya daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa membaca Surah Hamim Al-Mukmin sehingga kalimat “Alaihi Mashir” dan ayat Kursi pada waktu pagi, maka akan selamat hingga ke petang, dan barang siapa membaca keduanya pada waktu petang, maka akan selamat hingga ke pagi.”

h) Zikir
Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Barang siapa membaca “Laa Illaha Illallaahu Wahdahu Laa Syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Wa Huwa ‘Alaa Kulli Syai’in Qadir” sebanyak 100 kali, maka orang itu setaraf dengan orang yang membebaskan sepuluh hamba dan ditulis baginya seratus kebajikan dan dihapuskan baginya seratus keburukan serta bacaan itu sebagai perisai daripada syaitan pada hari itu hingga ke petang”

i) Mengambil Air Sembahyang dan Solat
Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi pengaruh dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal daripada jin mahupun manusia. Kekuatan air sembahyang juga mampu meredakan kemarahan sebagaimana hadis Nabi SAW:

“Jika kamu sedang marah, pergilah ambil air sembahyang”

Sebab marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan diciptakan daripada api, sedang api bila disiram air akan mati, terutamanya air sembahyang.

1 comment:

  1. Subhanallah, kalau aku tak baca artikel ni, aku takkan tau yang rezeki tu pon akan datang bergolek rupanya. Jom la kawan2 bc artikel ni..
    http://amalan40.blogspot.com/

    ReplyDelete