Wednesday, August 25, 2010

Biskut Putri Salju












Bahan-bahannya :
- 375 gram mentega
- 450 gram tepung gandum
- 200 gram gula halus
- 175 gram gula halus
- 200 gram gajus serbuk
- 1/2 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Kacau gula dengan mentega hingga sebati
2. Masukkan tepung dan serbuk gajus, kacau hingga boleh dibentuk
3. Bungkus dengan kain dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam
4. Bentukkan seperti bulan sabit dan bakar
3. Campurkan gula dengan esen vanila dan gaulkan biskut tadi

Biskut Rupawan

Bahan-bahan
- 125 gram mentega
- 125 gram tepung gandum
- 50 gram tepung jagung
- 1 biji kuning telur
- 75 gram gula halus
- 1/4 camca teh baking powder

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang
2. Masukkan telur dan gaul sebati
3. Masukkan tepung dan baking powder
4. Bila adunan sebati, bentukkan adunan mengikut corak yang digemari
5. Bakar hingga kuning keemasan

Monday, August 23, 2010

Biskut Jambu













Bahan-bahan
- 10 sudu besar margerine
- 24 sudu besar tepung gandum
- 2 biji kuning telur
- 8 sudu besar gula
- sedikit baking powder
- sedikit warna merah
- bunga cengkih (tangkai)
- vanila

Intinya :
1. sebarang jenis jam
2. Jem nenas buatan sendiri
3. Kacang tanah - tumbuh dan gaul dgn gula

Cara Membuatnya :
1. Pukul margerine dgn gula shingga kembang
2. Masukkn tepung, baking powder dan vanila, kacau hingga mnjdi doh yg lembut
3. Bentuk adunan seperti buah jambu, masukkan intinya, bubuh tangkai dan sapukan
kuning telur yg tlh dcmpurkn dgn sedikit warna merah
4.Bakar hingga kuning keemasan

Biskut Aiskrim



Biskut untuk anda cuba....Maaf...gambar ciplak dari internet....hehehe





Bahan-bahan
- 1 cawan gula aising
- 2 biji kuning telur
- 3 1/2 cawan tepung gandum
- 1 camca teh esen vanila
- 2 sudu besar susu cair
- 60 gram coklat yang tidak manis
- 3/4 cawan mentega
- 1 biji putih telur
- 2/3 cawan walnut cincang
- 1 camca teh baking powder
- 1 camca teh garam

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila
2. masukkan baking powder, tepung dan garam
3. Bahagikan 2 bahagian, 1 bhgian dcmpurkan dgn coklat yg tlh dicairkan dengan
susu, 1 lg dcmpurkan dgn walnut
4. Bungkus adunan dnegan kertas minyak dan sejukkan selama 45 mnt.
5. Canaikan adunn setebal 0.3 cm, bersaiz 20cm darab 30cm, bungkus dan sejukkan
sementara mencanai adunan kuning.
6. Letakkn adunan coklat ke atas adunn kuning, bahagian yg pndek bertemu dan
biarkan adunan kuning lebeh 0.7 cm
7. Potong adunan mnjd 6 bhgian spaya senang digulung
8. Gulung adunan brmula dari bahagian cerah yg lbh pnjang
9. Bungkus dan sejukkn spaya senang dipotong 0.5 cm tebal
10. Bakar hingga keemasan dan biarkn sminit sblm dkluarkn dr oven
11. Bila sejuk hidangkan

Saturday, August 21, 2010

Biskut Siput





Hahaha.....sblm nie aku asyik tls psl hantu jew.....la nie bulan puase....so, aku masukkn skt resipi kuih raya buat santapan sesiapa yang mmbca n yg nak try 2, gOOd Luck!!!!!




Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )
  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam ( ikut rasa )
  • Sedikit serbuk perasa ( optional )
  • 3 sudu besar cili boh / serbuk cili
  • Daun bawang / daun sup ( dihiris )
  • Santan secukupnya untuk mnguli

Cara-cara
  1. Gaul semua bahan kecuali santan sehingga sebati
  2. Uli dengan santan sehingga menjadi doh
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput
  4. Bila semua dah digentel, boleh goreng sehingga garing

Thursday, July 29, 2010

PoNTiaNak !!!

Pontianak atau Kuntilanak/kunti (seperti yang dikenali oleh masyarakat Indonesia) ialah sejenis hantu penghisap darah yang paling mashsyur di kalangan masyarakat Melayu. Pontianak dikatakan berasal dari wanita yang mati sewaktu melahirkan anak. Ia dikatakan wujud untuk membalas dendam dan menghuru-harakan keadaan kampung di mana dia mati.

Di Malaysia, ada yang mengatakan bahawa pontianak adalah sejenis makhluk yang benar-benar wujud. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa cerita tentang pontianak ini hanyalah sebuah lagenda @ mitos semata-mata. Masyarakat Jawa pula menganggap bahawa pontianak ini berasal daripada seorang perempuan yang masih mempunyai perawan yang telah dianiaya lalu dibunuh dengan kejam.

Mereka juga percaya bahawa si mati tadi akan menjelma sebagai pontianak untuk membalas dendam. Bagi mengelakkan pontianak ini dari menyerang, seseoang itu perlulah menarik rambut pontianak sehingga ia putus! Terdapat juga cerita yang mengatakan bahawa pontianak ini adalah anak kepada langsuir yang mati ketika dalam proses kelahiran. Ini bermakna, si ibu yang mati bertukar menjadi langsuir dan anak yang dilahirkan (juga mati) menjadi pontianak.

Selalunya pontianak berkeliaran di kawasan2 perkuburan secara bersendirian dan ada juga yang mengatakan ianya akan muncul dengan mendukung bayi. Ia sangat benci dan cemburu apabila melihat perempuan yang mengandung @ perempuan yang ingin melahirkan anak & juga bayi2 yang baru lahir.

Pontianak muncul ibarat seorang perempuan yang cantik dan akan bertukar kepada wajahnya yang hodoh lagi mengerikan dengan gigi yang tajam apabila mangsa berjaya diperdaya. Apabila dia muncul dalam bentuk wanita yang cantik, ia akan disertakan dengan bau yang amat wangi. Bau tersebut menyerupai bau sebuah pokok yang dinamakan pokok frangipani iaitu pokok bunga kemboja. Ada pula yang mengatakan pontianak boleh mengeluarkan bau yang sangat busuk seperti bau daging busuk apabila ia menyerupai dirinya yang asal.

Lelaki yang gemar menganiaya kaum wanita @ lelaki yang curang dipercayai lebih mudah untuk diserang pontianak. Pontianak juga gemar memakan bayi yang baru lahir serta mengganggu wanita yang sedang mengandung. Kuku yang panjang itu dibenamkan ke dalam perut ibu yang mengandung dan bayi di dalam perutnya akan dikeluarkan. Perbuatan tersebut akan membunuh si ibu dan bayi berkenaan dan perkara inilah yang diingini oleh pontianak.

Pontianak dikatakan bermata galak, rambut panjang mengurai hingga ke pinggang, pakaian labuh berwarna putih kekuningan, muka menggerutu, kening tebal, terdapat cebisan daging yang terjuntai dipipi, warna bibir merah gelap, bertaring bengkok melepasi bibir bawah, kuku yang panjang dan tajam, serta kaki yang yang tidak jejak ke tanah. Selain daripada mengilai, pontianak juga dikatakan mengeluarkan bunyi seperti ular tedung selar.

Menurut kepercayaan, pontianak suka mendekati pokok kelapa gading. Manakala pokok jambu, pokok bunga tahi ayam, pokok bunga kemboja, pokok durian, pokok bunga raya, pokok pinang berbatang merah, dan pokok ru amat ditakuti. Ada pula yang mengatakan jika seseorang itu pandai menyeru pontianak, ia akan hadir dalam bertelanjang bulat.

Orang yang dirasuk pula dikatakan suka menyimpan kuku panjang, mencakar orang lain, ketawa mengilai tengah malam, simpan dan belai rambut panjang, suka melihat cermin dan melihat luar jendela sambil merenung ke arah langit pada malam hari, keluar pada waktu tengah malam, dan hanya pulang ke rumah pada waktu subuh. Kelakuan yang paling unik sekali dikatakan suka merenung mata orang lain.

Friday, July 23, 2010

SaKa

Saka adalah ' hantu belaan ' yang diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke generasi seterusnya. Terdapat saka yang diwarisi secara mendapat persetujuan terahulu daripada individu dalam keluarga itu sendiri dan ada juga saka yang memilih sendiri keturunannya atau ahli keluarga yang disukainya walaupun tanpa persetujuan (tidak diketahui).

Sebagai contoh, seorang datuk ada membela hantu raya, sebelum dia mati, dia harus mewariskan sakanya iaitu ' hantu belaan' kepada anaknya. Jika anaknya enggan menerima saka tersebut, maka pemiliknya harus mencari waris dari generasi ke-3 (cucunya) secara rahsia.

Saka yang dibela haruslah dihidang dengan makanan yang khas pada masa-masa tertentu. Selalunya, makanan seperti telur, ayam panggang dan pulut kuning akan diletakkan di dalam ancak. Saka mempunyai berbagai nama gelaran bergantung kepada pemiliknya. Antara nama-nama yang digunakan ialah pendamping, datuk, sahabat, akuan, dan lain-lain lagi.

Terdapat pelbagai jenis hantu yang boleh dikategorikan sebagai saka. Antaranya adalah bajang, toyol, polong, pelesit, hantu raya, saka haiwan ( harimau jadian), pontianak, penanggal, langsuir, dan lain-lain lagi. Selalunya saka akan mencari anak kepada 'tuannya'.

Saka yang tidak dijaga dengan baik selalunya akan menimbulkan huru-hara kepada tuannya. Ia selalu berlaku kepada seseorang yang tidak mengetahui bahawa dirinya ada 'dibekalkan' dengan pendamping oleh generasi sebelumnya.

Seringkali jika terdapat gangguan di rumah pemilik saka yang baru itu, dia akan menyangkakan bahawa dia dan keluarganya diganggu oleh makhluk halus yang tidak tahu dari mana asal usulnya. Jika waris tersebut merupakan seorang yang kuat semangat dan kurang mempercayai perkara yang tahyul, saka ini akan bertukar tuan kepada ahli keluarga yang termuda dan masih lemah contohnya seperti kanak-kanak (belum baligh) atau yang baru meningkat usia remaja.

Seseorang yang mempunyai saka selalunya mempunyai sifat panas baran dan kadangkala boleh menjadi agresif walaupun ianya berpunca dari satu perkara yang kecil. Ada juga yang bersikap pendiam, namun apabila dia berbicara, kata-katanya pasti menggerunkan orang yang ditegur kesilapannya itu. Agak susah untuk memahami watak sebenar pewaris saka. Jika mereka pandai mengawal saka tersebut, tidak menjadi masalah kepada orang-orang yang berada di sekeliling pewaris, namun jika tidak dapat mengawalnya, saka itu akan mengawal emosi dan tingkah laku tuannya itu.

Lebih lama saka itu berdamping dengan tuannya, maka lebih susahlah seseorang itu membuang saka dari dirinya. Dipercayai, jika saka tersebut sudah sebati dengan pemiliknya, ia tidak dapat lagi dibuang melainkan dengan cara menurunkan saka kepada waris.

Untuk membuang saka, seseorang perlulah memujuk dan berbincang dengan saka itu terlebih dahulu melalui mimpi ataupun melalui perantaraan dukun atau bomoh. Kononnya bomoh yang arif tentang perkara ini akan memandikan individu tersebut dengan air kolah masjid atau sunga. Beberapa biji limau akan dibalut dengan kain kuning yang diikat seperti mayat dan ditempatkan di dalam ancak untuk dihanyutkan ke laut @ sungai yang mengalir.

P/S = Ingatlah....jika ada penyakit, tentu ada ubatnya...percaya kepada Allah, tuhan yang maha
esa...