Sunday, January 30, 2011

INFO ALAM SEKITAR - Tahukah Anda???





1. Kesan Rumah Hijau berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara seperti asap dari kilang dan kenderaan. Penggunaan penyembur aerosol(cth, ubat nyamuk), sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC(kloroflorokarbon)juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.

2. Kempen Earth Hour merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF), ia dilaksanakan dengan mematikan semua lampu dan peralatan elektrik selama satu jam, bertujuan untuk mengurangkan pembebasan karbon ke udara sekali gus mengurangkan pemanasan global

3. Beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberi impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termaasuk manusia.

4. Mod sedia di peralatan elektrik seperti lampu neon hijau, merah dan kerlipan perkataan akan kelihatan pada televisyen, permainan video, stereo, komputer dan lain-lain peralatan elektrik. Mod sedia adalah petunjuk kepada pembaziran elektrik kerana penggunaan mod sedia boleh mengurangkan sehingga 100kw jam setahun iaitu lebih kurang RM22/setahun. Bagi penggunaan elektrik dengan cekap, pastikan kesemua suis peralatan elektrik ditutup.

5. Kitar semula dapat menyelamatkan hutan. Ia kerana untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

6. Mentol. Jika 6 juta rumah menggantikan 100W mentol bulat atau tungsten kepada lampu neon atau lampu fluorescent kompak 20W, ia akan menyebabkan penjimatan elektrik yang mencecah hampir 1.56bilion kW/j, iaitu bersamaan dengan penjimatan sebanyak hampir RM615 juta setahun.

7. 'Screen Saver' di komputer. Ia hanya membazirkan tenaga. Kebanyakkan komputer menggunakan 2 kali ganda tenaga elektrik untuk menyalakan skrin berbanding tenaga yang digunakan untuk proses dalaman. Tujuan utama 'screen saver' diwujudkan adalah untuk mengelakkan skrin terbakar oleh imej yang konstan, namun ia tidak diperlukan lagi pada zaman serba moden ini. Jika anda ingin menjimatkan tenaga, anda jimatkan penggunaan elektrik boleh menetapkan 'screen saver' kepada 'tiada' @ 'skrin kosong'

8. Label penjimatan. Rujuk label pengelasan kecekapan elektrik apabila membeli barang elektrik. Mengikut standard Malaysia, produk akan dilabel kecekapan penggunaan tenaganya antara 1 hingga 5 bintang. Label 5 bintang sebagai paling cekap tenaga.

9. Bateri. Satu bekalan tenaga sampingan yang digunakan oleh semua. Namun dalam tidak sedar, penggunaan gagal melupuskan bateri dengan baik selepas peranti itu tidak lagi mampu mengalirkan kuasanya. Pasti ramai yang tidak membuang bateri dengan baik selepas digunakan dan hanya melontarkannya ke dalam tong sampah. Cuba bayangkan jika sebahagian 28 juta rakyat negara ini membuang sebiji bateri seminggu, apa akan terjadi??? Pembuangan bateri yang tidak digunakan akan menyebabkan toksik plumbum tersebar secara meluas di permukaan bumi. Jika plumbum tersebut memasuki tubuh kita, ia akan menyingkirkan logam-logam yang lain yang berguna dalam tubuh manusia lalu menyebabkan kesan tertentu. Logam-logam yang disingkir termasuk zat besi, zink, raksa dan kuprum. Kekurangan bahan-bahan tersebut boleh menjejaskan pembentukan sel darah merah normal sekali gus bahaya untuk kesihatan manusia.

Wednesday, January 19, 2011

'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'




RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Sunday, January 16, 2011

Siapa Orang Yahudi VS Siapa Orang Islam





Siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Thursday, January 13, 2011

4 golongan lelaki ke neraka ..

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

Saturday, January 8, 2011

AYAT-AYAT AL-QURAN YANG MELAWAN JIN

a) Ayat Kursi
“Dalam surah Al-Baqarah ayat 255”

b) Bismillah
“Bismillahir Rahmaanir Rahim…”

c) Ta’awuz
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
(Al-A’raf:200)

Dalam hadis-hadis disebutkan, memohon perlindungan Allah SWT dari pengaruh dan godaan jin atau syaitan adalah dengan membaca “A’uzu billahi minas syaithaanir rajim.”

d) Surah Al-Falaq dan An-Nas
Imam At-Tarmizi meriwayatkan hadis dari Al-Jarir dari Abu Nadharah yang diterimanya dari Abu Said Al-Khudri, katanya :

“Rasulullah selalu memohon perlindungan kepada Allah dari godaan dan pengaruh jin dengan membaca Surah Al-Falaq dan An-Nas.”

e) Surah Al-Baqarah
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasululla SAW bersabda :

“Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah, maka syaitan pasti tidak berani mendekati.”

f) Akhir Surah Al-Baqarah
Membaca akhir Surah Al-Baqarah adalah meringankan kaum Muslimin yang tidak mampu membaca Surah Al-Baqarah secara keseluruhan. Maka baginya cukup dengan membaca sebahagian dari surah teersebut, iaitu dua ayat yang paling akhir sesuai dengan hadis berikut:




Daripada Ibnu Mas’ud Al-Ansari yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barang siapa membaca dua ayat dari akhir Surah Al-Baqarah pada suatu malam, maka dua ayat itu sudah mencukupi.”

g) Ayat “Hamim” Al-Mukmin
At-Tarmizi meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abi Bakar yang diterimanya daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa membaca Surah Hamim Al-Mukmin sehingga kalimat “Alaihi Mashir” dan ayat Kursi pada waktu pagi, maka akan selamat hingga ke petang, dan barang siapa membaca keduanya pada waktu petang, maka akan selamat hingga ke pagi.”

h) Zikir
Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Barang siapa membaca “Laa Illaha Illallaahu Wahdahu Laa Syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Wa Huwa ‘Alaa Kulli Syai’in Qadir” sebanyak 100 kali, maka orang itu setaraf dengan orang yang membebaskan sepuluh hamba dan ditulis baginya seratus kebajikan dan dihapuskan baginya seratus keburukan serta bacaan itu sebagai perisai daripada syaitan pada hari itu hingga ke petang”

i) Mengambil Air Sembahyang dan Solat
Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi pengaruh dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal daripada jin mahupun manusia. Kekuatan air sembahyang juga mampu meredakan kemarahan sebagaimana hadis Nabi SAW:

“Jika kamu sedang marah, pergilah ambil air sembahyang”

Sebab marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan diciptakan daripada api, sedang api bila disiram air akan mati, terutamanya air sembahyang.

Friday, December 31, 2010

MEMBUNUH JIN

Bagaimanakah caranya jin masuk ke dalam tubuh manusia? Bolehkah dipercayai adanya 2 roh dalam satu tubuh? Sebahaian golongan Mu’tazilah mengingkari masuknya jin ke dalam tubuh manusia. Tetapi golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengakui masuknya jin ke dalam tubuh manusia berdasarkan firman Allah SWT:
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan sepertinya berdiri orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.”
(Al-Baqarah: 275)

Dengan itu masuknya jin ataupun syaitan ke dalam tubuh manusia adalah logik, sebab manusia itu sendiri sering juga masuk angin, sedangkan jin itu seperti angin malahan lebih halus lagi.
Iman Asy-Syibli mengatakan, “Masuknya jin itu kadang-kadang secara keseluruhan, kadang kala pula hanya separuh atau satu pertiga.

1.MENGUSIR JIN DENGAN CARA PUKULAN
Imam Ahmad meriwayatkan satu hadis yang berasal dari Abu Dawud: “Seorang lelaki datang menhadap Rasulullah SAW sambil membawa anaknya yang terkena penyakit gila untuk diubati. Rasulullah SAW kemudian memegang pakaian anak itu dan memukul belakangnya dengan keras sambil berkata:
“Keluarla wahai musuh Allah”
Kemudian anak itu didudukkan di hadapan Rasulullah SAW dan baginda mengusap wajahnya dengan air sambil berdoa untuk anak tersebut.
Hadis ini menunjukkan bahawa cara mengusir jin itu kadang kala memerlukan pukulan sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah SAW.

2.MEMBUNUH JIN
Bagaimanakah hukumnya membunuh jin, dan dapatkah ia dilakukan sedangkan jin tidak kelihatan?
Berhubungan dengan soalan ini, Abu Syaih menjawabnya dalam satu riwayat yang bersumberkan Ibnu Abi Malaikah:
“Bahawa ada jin yang selalu menampakkan dirinya kepada Siti Aisyah r.a. Jin itu menyerupai seekor ular. Aku (Ibnu Malaikah) diperintahkan untuk membunuh ular tersebut. Pada malam harinya aku tertidur dan terdengarlah olehku suara yang mengatakan, “Engkau telah membunuh hamba Allah yang muslim.” Maka pada pagi harinya, aku diperintahkan untuk membahagikan 12,000 dirham kepada fakir miskin.”

Dengan itu jelaslah bahawa membunuh jin termasuk dianggap salah dan dikenakan hukuman (denda) yang harus dibayar kepada fakir miskin.
Soalnya ialah, bagaimanakah kita mengetahui bahawa kita membunuh jin sedangkan bahawa jin itu tidak nampak, ataupun kalau jin itu nampak dalam rupa seekor ular, bagaimanakah kita mengetahui bahawa ia adalah ular?

Sehubungan dengan ini, ada satu riwayat yang berasal dari At-Tirmizi dan An-Nasa’i bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya di Madinah terdapat kelompok jin yang telah masuk Islam. Maka bila kamu melihat sesuatu dari haiwan, berilah ia peringatan tiga kali, kalau masih nampak juga,maka bunuhlah.”
Hadis ini memberi peringatan, kalau haiwan tersebut masih juga kelihatan selepas diberi amaran sebanyak tiga kali, bererti ia bukan jin dan boleh dibunuh.

Syeikh Ibnu Taimiyah berkata, “Membunuh jin tanpa sebab adalah haram sebagaimana haramnya membunuh manusia, sebab yang demikian itu adalah zalim.”
Oleh kerana jin boleh menyamar dengan berbagai rupa bentuk, maka bila rumah kita dimasuki ular atau binatang lain, maka berilah peringatan sebanyak tiga kali, untuk memastikan sama ada ia jin atau haiwan. Apabila ia haiwan, maka tidak berdosa kita membunuhnya.

Thursday, October 14, 2010

Cara-cara Mendatangkan Jin

1. BERSUMPAH ATAS NAMA JIN @ SYAITAN

Tukang sihir masuk ke bilik gelap kemudian menyalakan api dan meletakkan kemenyan di atas api tersebut.
Jika ingin menceraikan suami isteri, menimbulkan permusuhan dan kebencian, maka harus diletakkan kemenyan yang berbau busuk. Jika ingin menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang, atau membuang sihir kiriman orang, maka harus diletakkan kemenyan yang berbau harum dan wangi. Selepas itu dibacakan jampi2 khusus yang mengandungi kemusyrikan, iaitu jampi2 yang mengandungi sumpah kepada jin dengan menyebut nama ketua kabilah di kalangan jin
Tukang sihir yang melakukan hal ini mestilah dalam keadaan junub atau memakai pakaian bernajis. Selepas pembacaan jampi, akan muncullah bayangan berbentuk anjing, ular atau bentuk haiwan2 lain. Kemudian tukang sihir memerintahkannya untuk melakukan apa yang diingininya.



2. MEMOTONG SEMBELIHAN

Tukang sihir mendatang seekor burung, ayam, burung dara atau haiwan lain dengan sifat2 tertentu(biasanya berwarna hitam kerana jin mengutamakan warna hitam). Kemudian haiwan itu disembelih tanpa menyebut nama Allah dan bangkainya dilemparkan ke jurang, perigi atau tempat2 kosong yang menjadi tempat tinggal jin. Ketika melemparkannya diiringi dengan jampi2 kemusyrikan.
Melalui cara ini jin akan datang dan bersedia mengabulkan permintaan tukang sihir.



3. MELAKUKAN KENISTAAN

Cara ini cukup terkenal di kalangan tukang sihir. Tukang sihir akan melakukan apa sahaja perbuatan yang hina, keji dan penuh kenistaan demi memenuhi keinginan jin. Sebagai upahnya, jin akan melaksanakan segala keinginan jin.
Antara kenistaan yang dilakukan oleh tukang sihir sesuai dengan permintaan jin adalah menjadikan Al-Quran sebagai kasutnya ketika masuk ke tandas.(Ya Allah...pe ke jenisnyelah manusia mcm nie...) Di dalam tandas itulah tukang sihir akan membaca jampi2 pemujaan kepada jin sehingga permintaannya dimakbulkan oleh jin.
Tukang sihir yang menggunakan cara ini disyaratkan harus melakukan dosa2 besar.



4.MENULIS AYAT2 AL-QURAN DENGAN NAJIS

Tukang sihir yang dilaknat menulis salah satu surah Al-Quran dengan menggunakan darah haid atau benda2 najis yang lain. Lalu mengucapkan jampi2 kemusyrikan hingga jin datang melaksanakan perintahnya.
Perbuatan seperti ini merupakan satu bentuk kebiadapan yang telah dihalalkan oleh jin2 kafir. Tukang sihir yang melakukan penghinaan terhadap kesucian wahyu Allah SWT ini akan menjadi sahabat syaitan di dalam neraka jahanam.



5. MENULIS AYAT2 AL-QURAN DENGAN TERBALIK.

Tukang sihir menulis ayat2 Al-Quran dengan menceraikannya antara satu kalimah dengan kalimah yang lain dan menyusunnya semula dalam keadaan terbalik, hingga ertinya jauh menyeleweng dari makna sebenar. Huruf2 yang telah diputar belit itu akan dijampi, hingga jin datang mematuhi arahannya.



6. MENYEMBAH BINTANG

Cara ini juga popular di kalangan tukang sihir. Tukang sihir akan menanti kemunculan bintang2 tertentu untuk dibacakan jampi2 sihir kerana sihir baru dapat berkesan apabila muncul bintang2 tertentu.
kadangkala ada bintang yang xmuncul kecuali sekali dalam setahun. Maka tukang sihir akan menunggunya sebab dengan demikian sihirnya akan berkesan. Ia juga merupakan perbuatan menuhankan bintang sebagaimana kaum Nabi Ibrahim a.s.



7. MELIHAT TELAPAK TANGAN

Tukang sihir menghadirkan anak kecil yang belum baligh, kemudian mengambil telapak tangan kiri anak tersebut, lalu menggambarkan segi empat di atas telapak tangannya. Di sekitar segi empat itu ditulis jampi2 sihir yang mengandungi kemusyrikan. Jampi2 itu ditulis di sekitar segi empat dari empat penjuru di telapak tangan anak itu di tengah2 garisan tersebut. Kemudian diletakkan minyak dan bunga berwarna biru sehingga tulisan jampi tersebut menjadi gelap. Dalam keadaan sedemikian anak kecil tersebut tidak dapat melihat telapak tangannya melainkan dalam keadaan gelap. Kemudian tukang sihir tersebut akan membaca jampi2 tertentu. Tidak lama kemudian anak kecil tersebut akan melihat gambar di telapak tangannya bergerak-gerak mengikut perintah.
Biasanya cara ini digunakan untuk mencari sesuatu yang hilang ataupun untuk mengesan pencuri.



8. MENGGUNAKAN BENDA2 BEKAS

Tukang sihir akan menggunakan benda2 bekas seperti baju, seluar, sapu tangan, dan sebagainya yang mengandungi bau peluh. Lalu membungkus semua benda2 tersebut dan meletakkannya di suatu tempat. Ia membacakan surah2 Al-Quran yang pendek2. Ayat2 tersebut dibaca dengan suara keras dan lantang. Selepas itu dibacanya pula jampi2 dengan suara pelan sehingga tidak didengari oleh orang lain.