1. KANSER PANGKAL RAHIM - sebarang lelehan @ pndarahan yg luar biasa, sakit selepas
bersenggama dan turun berat badan.
2. KANSER PAYUDARA - bengkak @ gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting,
pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
3. KANSER USUS BESAR - perubahan tabiat makanan membuang air, hilang berat badan, sakit dalam
perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4. KANSER PARU-PARU - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada
dan hilang berat badan.
5. KANSER PERUT - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat
kenyang walaupun makan sedikit.
6. KANSER LIMPA - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata
menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7. KANSER OVARI - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa
bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8. KANSER OTAK - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah @ lumpuh, pening /
pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9. KANSER PROSTAT - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
10. KANSER DARAH (LEUKIMIA) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi.
11. KANSER TEKAK - suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar
membengkak di tekak.