Saturday, February 18, 2012

Besarnya Pahala Ibu Mengandung

INFO KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada 1 uratnya, Allah  bagi 1 pahala haji

4. Sekiranya wanita meninggal dunia pada masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala 1 tahun pahala solat & puasa

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & apabila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka~~!!

1. AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberi segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, & sebagainya, dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya..

2. SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari ISLAM, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

FIRMAN ALLAH SWT :-
" HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU...."