Tuesday, December 20, 2011

Bakar Wang Tunai AS$1.63 Juta

BOGOTA - Bakar wang lebih AS$1.63 juta (RM5.60 juta)!!!  Itulah yang dilakukan oleh ketua kartel dadah Colombia, mendiang Pablo Escobar untuk memastikan anak perempuannya tidak kesejukan. Pendedahan itu dibuat oleh seorang anak lelaki Escobar, Sebastian Marroqumn yang menyatakan bahawa apabila bapanya melihat anak gadisnya, Manuela menggeletar kesejukansemasa mereka bermalam di sebuah kawasan pergunungan setelah melarikan diri daripada pihak berkuasa, Escobar sanggup membakar banyak wang kertas Amerika Syarikat (AS) bagi memanaskan badan. Api yang turut digunakan oleh mereka untuk memasak makanan.
          Sebastian yang berhijrah ke Argentina selepas kematian bapanya, membuat pendedahan berani itu dalam wawancara dengan sebuah majalah Colombia, Don Juan. Menurutnya lagi, Escobar turut membeli sebuah firma teksi untuk mengesan ketibaan orang asing di bandar kelahiran mereka, Meddelin dan dia akan memindahkan anggota keluaganya ke 15 buah tempat persembunyian setiam 48jam.
          Escobar yang merupakan ketua kartel dadah di Medellin, ditembak mati pada Disember 1993 ketika dia cuba melarikan diri daripada pihak polis. Ketika era kegemilangannya pada tahun 1989, Escobar disenaraikan sebagai manusia ke-7 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan mencecah AS$29.9 billion (RM102.5 billion)

Berwajah Singa

Stephan Bibrowsky lahir di Ploandia pada tahun 1890 daripada orang tua yang normal. Dia menderita hypertrichosis, kelainan genetik yang jarang terjadi yang menutupi seluruh tubuh dengan bulu. Hanya terdapat sekitar 50 kes dari kelainan ini yang diketahui sejak abad pertengahan. Dalam kes Lionel, rambut sepanjang 6 inci menutupi badnanya. Dia ditemukan oleh seseorang dari Jerman bernama Meyer ketika dia berumur 4 tahun dan menjadi terkenal di Eropah dimana dia mendapat jolokan manusia berwajah singa.Dia dapat menguasai 5 bahasa.

Manusia Bertanduk

Pada tahun 1930, seorang petani Cina dari Mancgukuo bertemu dengan seorang bankir Rusia. Orang Rusia itu mengambil gambar petani tersebut dan mengirimkannya kepada Robert Ripley dari rancangan "Believe It Or Not". Dikenali sebagai Wang atau kadang2 dipanggil Weng, petani ini sebenarnya bertubuh normal,kecuali  tanduk sepanjang 14 inci yang tumbuh dari belakang kepalanya. Ripley menawarkan wang yang banyak kepada sesiapa sahaja yang boleh membawanya tampil di pentas. Namun, Wang menghilang dari khayalak ramai diawal tahun 1930-an dan khabarnya tidak didengari selepas itu..

Wanita Berjanggut

Madame Clofullia lahir dengan nama Josephine Boisdechene di Switzerland. Kata orang, dia dilahirkan dengan tubuh berambut dan mempunyai janggut setebal 2 inci..Ketika di Paris, dia bertemu dengan pelukis Fortube Clofullia, lalu bernikah dengannya. Dia menjadi terkenal kerana menunjukkan janggutnya ketika meniru gaya Napoleon III, lalu penguasa daerah memberinya permata yang sangat besar....

Manusia Burung Hantu

Lelaki bernama Martin Laurello ini lahir dengan nama Martin Emmerling di Nuremburg, Jerman, pada tahun 1886. Dia mula berlakon di Eropah ketika berumur 20-an dan berlanjutan ke Amerika pada tahun 1921.Dia tampil beberapa kali di Coney Island dan bekerja juga untuk Ringling Bros, pertunjukkan Barnum & Baileys. Dia juga bekerja untuk Royal Amerikan Shows milik Dick Best dan pada akhir tahun 1945 tampil dalam Ripley dengan "Popeye Perry" dan "Junior Stiles".

(mungkin ada diantara korng pelik knp die nie dgelar manusia brung hantu.....kan burung hantu boleh toleh ke belakang...samelah mcm die nie  )

Wanita Setengah Badan

Lahir di Basle, Switzerland, pada tahun 1884, Gabrielle Fuller mengikuti 'circus'@sarkis(bhsa melayu) di Paris Exposition pada tahun 1900. Dia melakukan perjalanann dengan Ringling Brothers Circus tampil di pertunjukkan Dreamland Coney Island. Dia bernikah 2 kali....dia mempunyai badan atas yang sempurna yang berakhir di pinggang...

Wanita Berkaki Empat

Josephine Myrtle Corbin lahir di Lincoln Country, Tennesee pada tahun 1868. Dia lahir dipygus, mempunyai 2 pinggul terpisah bersebelahan dari pinggang. Kaki tambahan ini adalah sebahagian dari kembarnya yang tidak terpisah, seperti Frank Lentini yang mempunyai 3 kaki. Setiap kaki kecilnya berpasangan dengan kaki besar, tetapi tidak cukup kuat untuk berjalan...(ha..jgn ingat walaupown die cenggini xlaku...)..Dia telah berkahwin dan mempunyai 4 anak lelaki dan seorang anak perempuan...(la nie dh mninggl la kowt)