Saturday, July 16, 2011

Hantu KopeK

     Merujuk kepada kepercayaan org Melayu, hantu kopek adalah sejenis makhluk halus yang suka mengganggu manusia. Kopek bermaksud payudara. Kononnya hantu kopek merupakan seorang perempuan tua yang gemar menyorokkan kanak-kanak kecil yang bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib dengan cara menyembunyikn di sebalik kopek (buah dada) hantu tersebut....(hahah...blue btl hantu nie)...

                                       Gamba kne jage...censored wo.....hahahaha


     Ada versi lain yang mengatakan hantu ini gemarkan darah dan kanak-kanak dikaitkan dengan seorang ahli sihir perempuan tua yang bernama Rangda (mengikut mitos orang Bali) , dimana ia boleh dilihat menari-nari dengan keadaan payudaranya yang lanjut berjuntaian dan terhayun-hayun di dalam tarian yang dipersembahkan oleh pertunjukan-pertunjukan kebudayaan di Bali.

     Mangsa yang disorok oleh hantu kopek biasanya boleh melihat orang-orang yang sedang mencarinya tetapi tidak mampu untuk berkomunikasi dengan mereka.

     Suatu ketika dahulu, masyarakat Melayu gemar berpesan kepada anak-anak mereka supaya tidak bermain di luar rumah ketika cuaca berjerebu dan waktu maghrib kerana kononnya hantu ini suka menyerang lelaki muda dan anak kecil pada waktu tersebut dan apabila ditangkap, peluang untuk diselamatkan amat tipis.

     Ada versi mengatakan hantu kopek ini mempunyai paras rupa seperti seorang perempuan tua yang sangat hodoh, sangat tinggi, bertelanjang, menunjukkan badannya yang berbelang hitam-putih dan gemar menyembunyikan diri di sebalik pokok-pokok di tepi jalan pada waktu malam.

     Rambutnya panjang mencecah kaki, mempunyai kuku-kuku yang panjang dan tajam dan di tangan kanannya memegang sehelai kain putih (kain kematian) yang juga dikenali sebagai kain kafan.

     Pakaiannya pula hanya menutupi kawasan dari pinggang ke lutut. Payudaranya dikatakan bergayut hingga mencecah pusat dan kelihatan seperti labu air yang sangat besar. Ia suka duduk bercangkung di sebalik pokok sementara menanti mangsanya datang melalui kawasan tersebut.

     Apabila seseorang melalui kawasan tersebut, hantu kopek akan menggoncangkan pokok, menghayunkan payudaranya untuk menolak mangsa tersebut sehingga terjatuh ke tanah.

     Apabila mangsa bangun, hantu kopek ini akan mengulangi perbuatannya sehingga mangsa melarikan diri. Ada juga yang mendakwa bahawa payudara hantu ini terletak di belakang badannya.

     Kononnya jika terdapat kanak-kanak yang dikatakan hilang pada waktu senja, telah menjadi adat bagi sesetengah pihak untuk mencari kank-kanak tersebut dengan cara membunyikan gong, loyang @ dulang tembaga.

     Perbuatan ini dikatakan akan menyebabkan hantu tersebut menari-nari sambil melompat-lompat da ini akan menyebabkan budak yang tersembunyi di sebalik payudaranya terjatuh ke tanah dan akan ditemui di tempat-tempat gelap, belakang pintu, di dalam semak @ di bawah pondok.

Monday, July 11, 2011

GEMPA LEMBU BERASMARA

          Russia - Sepasang lembu yang tidak tahan untuk mengawan telah menjadikan sebuah kedai pembekal di sebuah pekan kecil Pionersky, Kaliningrad, Russia untuk melepaskan perasaan, lalu berasmara.
          Pada mulanya, kelihatan seekor lembu betina merempuh masuk ke dalam kedai tersebut lalu diikuti seekor lembu jantan. Sebaik memasuki premis berkenaan, pasangan haiwan itu melakukannya di hadapan gaids jurujual yang bertugas sebagai penjaga kaunter.
          Sebuah kaunter musnah di saat awal keghairahan pasangan haiwan itu mengawan....Gadis jurujual yang terkejut dengan keadaan itu lari keluar tanpa sempat menekan butang penggera kecemasan. Pengawal keselamatan dan orang ramai yang lalu lalang cuba menghentikan perlakuan kedua-dua haiwan tersebut, namun gagal. Lapan buah kaunter pengurusan musnah akibat kerakusan kedua-dua haiwan tersebut.....

TRADISI YANG MEMBUNUH

          Seorang gadis Jerman bernama Amy Weltz berkahwin di Brisbane pada September 1993 tanpa mengetahui tentang tradisi masyarakat Australia iaitu menghempuk kek perkahwinan ke muka pasangan masing-masing. Apabila suaminya, Chas melenyekkan kek ke muka Amy semasa majlis resepsi, Amy terus berang lalu menghentak suaminya dengan sebiji botol. Chas mati di tempat kejadian kerana cedera parah......

LUDAH.....

          Untuk pengetahuan anda, salah satu cara sapaan dalam masyarakat Masai di Afrika ialah dengan meludah antara satu sama lain....ha......jgn buat kat Malaysia pulak yea...kang xpasal2 kene penerajang free...siap bg makan selipar lagi kang......Tapi lepas nie, kalau korang berhajat nak pergi melawat Afrika, jangan pulak terkejut kalau ada orang meludah korang...dan....kalau kat Malaysia pulak..kalau la korang nampak orang Afrika kat sini, jangan pulak korang meludah diorang yea...hehehehe.....

FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN

          Semut akan bersenam menegangkan badannya apabila bangun pada waktu pagi....(hahaha...same pulak dengan manusia)
          Beberapa spesis cacing ribbon akan memakan diri mereka sendiri apabila gagal mendapat sebarang makanan....Rasa2nya diorang boleh lagi ke hidup kalau dah makan diri sendiri???
          Apabila seekor badak air dewasa mengangakan  mulutnya, keluasannya cukup membolehkan seorang budak setinggi 1.25 meter berdiri di dalamnya..
          Selain mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata!! macam mana pulak tu??  kuasa Tuhan.
          Arnab betina boleh mengawal populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh...ish3....kalau manusia boleh buat macam ni, mesti xde kes buang anak merata2...betul x???

X SENONOH !!!!!!!

          Di Taipei, Taiwan, pernah terjadi seorang calon pilihan rayanya menghadiahkan pill Viagra untuk memenangi undi. Hahaha...tapi tak pasti pulak strategi nie berkesan @ x. harap2 strategi nie xdigunakan di sini yea....  =)
          Masyarakat Narikot di Nepal mempunyai tradisi yang pelik iaitu isteri dikehendaki membasuh kaki suami, kemudian menghirup sedikit daripada air basuhan kaki tersebut sebagai bukti ketaatan mereka.
          Pada Jan 1978, 2 orang lelaki di Thonburi, Thailand berbalah tetang suatu persoalan iaitu yang mana  wujud dahulu, ayam @ telur. Pertengkaan terjadi dan seterusnya mereka bertumbuk. Pergaduhan hanya berakhir setelah lelaki yang mengatakan ayam wujud dahulu melanyak sahabatnya itu hingga mati!!  ish3.................

KETAGIH SARUNG KAKI WANITA

          Di Belleville, seorang lelaki yang pernah dipenjarakan 3 kali, mungkin disumbat kerana ketagihan mencuri sarung kaki wanita. James Dowdy,36, ditahan bersama sarung kaki yang dicuri dari rumah seseorang di Belleville. Sikap Dowdy itu berpunca daripada ketakutannya sepanjang setahun tinggal bersama bapanya. Kata ibunya, Dowdy berasa selamat jika memegang sarung kakinya..........(hahaha...pelik betui...ce bagi sarung kaki busuk yg da kne perap setahun...agak2 die nak x??? heheheh)