Friday, December 31, 2010

MEMBUNUH JIN

Bagaimanakah caranya jin masuk ke dalam tubuh manusia? Bolehkah dipercayai adanya 2 roh dalam satu tubuh? Sebahaian golongan Mu’tazilah mengingkari masuknya jin ke dalam tubuh manusia. Tetapi golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengakui masuknya jin ke dalam tubuh manusia berdasarkan firman Allah SWT:
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan sepertinya berdiri orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.”
(Al-Baqarah: 275)

Dengan itu masuknya jin ataupun syaitan ke dalam tubuh manusia adalah logik, sebab manusia itu sendiri sering juga masuk angin, sedangkan jin itu seperti angin malahan lebih halus lagi.
Iman Asy-Syibli mengatakan, “Masuknya jin itu kadang-kadang secara keseluruhan, kadang kala pula hanya separuh atau satu pertiga.

1.MENGUSIR JIN DENGAN CARA PUKULAN
Imam Ahmad meriwayatkan satu hadis yang berasal dari Abu Dawud: “Seorang lelaki datang menhadap Rasulullah SAW sambil membawa anaknya yang terkena penyakit gila untuk diubati. Rasulullah SAW kemudian memegang pakaian anak itu dan memukul belakangnya dengan keras sambil berkata:
“Keluarla wahai musuh Allah”
Kemudian anak itu didudukkan di hadapan Rasulullah SAW dan baginda mengusap wajahnya dengan air sambil berdoa untuk anak tersebut.
Hadis ini menunjukkan bahawa cara mengusir jin itu kadang kala memerlukan pukulan sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah SAW.

2.MEMBUNUH JIN
Bagaimanakah hukumnya membunuh jin, dan dapatkah ia dilakukan sedangkan jin tidak kelihatan?
Berhubungan dengan soalan ini, Abu Syaih menjawabnya dalam satu riwayat yang bersumberkan Ibnu Abi Malaikah:
“Bahawa ada jin yang selalu menampakkan dirinya kepada Siti Aisyah r.a. Jin itu menyerupai seekor ular. Aku (Ibnu Malaikah) diperintahkan untuk membunuh ular tersebut. Pada malam harinya aku tertidur dan terdengarlah olehku suara yang mengatakan, “Engkau telah membunuh hamba Allah yang muslim.” Maka pada pagi harinya, aku diperintahkan untuk membahagikan 12,000 dirham kepada fakir miskin.”

Dengan itu jelaslah bahawa membunuh jin termasuk dianggap salah dan dikenakan hukuman (denda) yang harus dibayar kepada fakir miskin.
Soalnya ialah, bagaimanakah kita mengetahui bahawa kita membunuh jin sedangkan bahawa jin itu tidak nampak, ataupun kalau jin itu nampak dalam rupa seekor ular, bagaimanakah kita mengetahui bahawa ia adalah ular?

Sehubungan dengan ini, ada satu riwayat yang berasal dari At-Tirmizi dan An-Nasa’i bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya di Madinah terdapat kelompok jin yang telah masuk Islam. Maka bila kamu melihat sesuatu dari haiwan, berilah ia peringatan tiga kali, kalau masih nampak juga,maka bunuhlah.”
Hadis ini memberi peringatan, kalau haiwan tersebut masih juga kelihatan selepas diberi amaran sebanyak tiga kali, bererti ia bukan jin dan boleh dibunuh.

Syeikh Ibnu Taimiyah berkata, “Membunuh jin tanpa sebab adalah haram sebagaimana haramnya membunuh manusia, sebab yang demikian itu adalah zalim.”
Oleh kerana jin boleh menyamar dengan berbagai rupa bentuk, maka bila rumah kita dimasuki ular atau binatang lain, maka berilah peringatan sebanyak tiga kali, untuk memastikan sama ada ia jin atau haiwan. Apabila ia haiwan, maka tidak berdosa kita membunuhnya.